[ 20 April 2021, Selasa ] Hari ini, Yayasan Pasir Gudang telah menziarahi dua buah rumah di Kuarters Ladang Keck Seng.
RUMAH PERTAMA
Ziarah rumah pertama berjumpa Encik Nor Azhan Bin Siman. Encik Azhan yang sebelum ini bekerja di Ladang Keck Seng. Pada 25 Januari lalu, beliau diduga dengan musibah kemalangan di tempat kerja.
Dirinya telah terjatuh dari paip rack pada ketinggian 25 kaki dari aras tanah. Akibat daripada kemalangan ini, beliau telah mengalami patah di bahagian kaki kanan, tulang peha dan pergelangan tangan retak.
Kini, beliau melakukan rawatan susulan di hospital khususnya rawatan pakar Orthopedic.
Alhamdulillah, kos pembedahan untuk memasukkan besi pada kakinya telah dibayar melalui bantuan PERKESO. Gaji beliau akan dibayar penuh untuk 2 bulan dan selepas dari tempoh itu, pembayaran SOCSO akan diterima beliau. Yayasan Pasir Gudang telah menghulurkan sumbangan wang ihsan, kerusi tandas duduk dan barang keperluan kepada Encik Azhan.
RUMAH KEDUA
Ziarah terakhir di rumah Encik Musa Bin Dalip. Encik Musa merupakan pesakit yang diuji dengan sakit kanser paru-paru tahap 4. Kini, beliau hanya mampu terlantar sakit di atas katil. Dirinya perlu menggunakan lampin pakai buang dewasa untuk urusan diri sepenuh masa.
Akibat sakit kroniknya, beliau tidak lagi boleh menjalani rawatan kimoterapi. Dari segi perbelanjaan, anaknya membantu perbelanjaan pembelian lampin pakai buang dewasa. Terdapat juga individu yang mewakafkan katil pesakit kepada Encik Musa. Beliau juga memohon bantuan daripada PERKESO dan permohonan masih dalam proses. Yayasan Pasir Gudang berkesempatan menghulurkan sumbangan wang ihsan, lampin pakai buang dewasa dan barang keperluan kepada Encik Musa.
Semoga pemberian sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan dugaan yang ditimpa oleh Encik Azhan dan Encik Musa.
Turut serta sepanjang ziarah tadi adalah Encik Syaihan Bin Ab Aziz, Ketua Kampung Kong-kong Laut.
Info terkini, layari ke
https://yayasanpasirgudang.org.my
Facebook
https://www.facebook.com/100011001361203/posts/1382500082126691/?d=n