[ 28 April 2021, Rabu ] Hari ini, Yayasan Pasir Gudang bersama Hospital Pakar KPJ Johor telah berkunjung ke kediaman Puan Fatimah Binti Yasin di Taman Megah Ria.

Puan Fatimah merupakan wanita yang berumur 74 tahun dan kisah beliau bermula apabila beliau terjatuh di dalam bilik air rumahnya mengakibatkan bahu dan pinggul patah. Kini, beliau sedang dirawat dan menjalani pembedahan di Hospital Pakar KPJ Pasir Gudang.

Menurut pakar, apabila selesai pembedahan, Puan Fatimah mungkin tidak akan dapat bergerak, duduk dan berdiri sekurang-kurangnya 3 sehingga 4 bulan. Hal ini kerana keadaan usianya yang lanjut dan kondisi tulang yang tidak kukuh.

Di samping itu, beliau juga merupakan pesakit buah pinggang hampir 10 tahun dan perlu menjalani rawatan dialisis sebanyak 3 kali seminggu di Masai.

Alhamdulillah, Yayasan Pasir Gudang telah mengusahakan bagi mendapatkan sebuah katil pesakit yang juga disumbangkan oleh Hospital Pakar KPJ Johor. Sumbangan ini disampaikan oleh Encik Mohd Azhar Bin Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif, Hospital Pakar KPJ Johor yang juga merupakan Ahli Lembaga Pemegang Amanah YPG.

Moga Puan Fatimah segera pulih dan diberikan kesihatan yang baik kelak. Moga Allah mempermudahkan segala urusan Puan Fatimah sekeluarga.

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top