[30 Mac 2021] Mewakili Yayasan Pasir Gudang menziarahi beberapa rumah di sekitar kawasan Taman Kota Masai adalah Tuan Haji Herman Irmadi Bin Ismail, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir Gudang.
Rumah pertama yang diziarahi adalah rumah Puan Haslinda Binti Hassan. Puan Haslinda diuji dengan penyakit kencing manis dan saraf urat sejak tahun lalu. Pada bulan November tahun lalu, beliau menjalani pembedahan bisul di kaki di Hospital Sultan Ismail (HSI). 4 hari sekali, dirinya akan melakukan rawatan cuci luka di Poliklinik Pasir Gudang.
Disebabkan keadaan beliau yang tidak mengizinkan, beliau terpaksa menggunakan kerusi roda dan lampin pakai buang untuk urusan diri. Dahulu, beliau bekerja sebagai pembantu kedai tetapi diberhentikan kerja sebelum PKP dan suaminya juga dahulu bekerja sebagai pegawai keselamatan tetapi kini tidak bekerja kerana kehabisan kontrak.
Yayasan Pasir Gudang menghulurkan sumbangan wang ihsan pesakit kronik kepada Puan Haslinda berserta barang keperluan bagi mengurangkan beban yang dirasai olehnya.
Seterusnya rumah yang dikunjungi adalah rumah Puan Norain Binti Abd Rahim yang menderita sakit slipdisk leher 4 dan pinggang 5. Permulaan sakit Puan Norain bermula dengan serangan mini strok pada 7 tahun lalu. Beliau telah menjalani kemasukan sel stem tetapi tidak berjaya dan mengambil suntikan bagi mengurangkan sakit slipdisk yang dialaminya.
Beliau boleh melakukan rutin harian seperti biasa tetapi tidak boleh buat kerja yang berat. Pada bulan September yang lalu, beliau mengalami sesak nafas dan di wadkan di HSI. Sumbangan barang keperluan telah disalurkan kepada keluarga Puan Norain.
Ziarah terakhir di rumah Encik Ismail Bin Yahya yang menderita sakit jantung sejak 2 tahun lalu. Pada awal bulan tahun ini, Encik Ismail pengsan secara tiba-tiba di tempat kerja. Selepas melakukan pemeriksaan didapati saluran jantungnya tersumbat. Beliau mengambil cuti sakit selama 2 bulan dan pernah masuk Unit Penjagaan Koronori (CCU) selama 10 hari dalam keadaan tidak sedar.
Dia bekerja sebagai pemandu forklift di Johor Port dan kini sudah mula bekerja tetapi keadaan sekarang menghalang dirinya melakukan pekerjaan yang berat. Isterinya bekerja sebagai operator di Singapura dan mengambil cuti kerja bagi memberi tumpuan sepenuhnya menjaga suaminya. Yayasan Pasir Gudang berkesempatan menghulurkan sumbangan barang keperluan kepada Encik Ismail.
Iringan doa dan harapan agar kesemua keluarga yang diziarahi hari ini diberikan kesembuhan dan terus tabah dalam menghadapi ujianNya.
Sumbangan tabung pesakit kronik boleh disalurkan ke :
1. https://yayasanpasirgudang.org.my/elementor-5747/
2. Akaun rasmi YPG :
Yayasan Pasir Gudang
Bank Islam Berhad
0108 7010 0468 59
3. Sumbangan tunai atau barangan
Info lanjut, layari
https://yayasanpasirgudang.org.my
Facebook YPG :
https://www.facebook.com/100011001361203/posts/1368384526871580/?d=n