[ 4 April 2021, Selasa ] Yayasan Pasir Gudang menziarahi 4 buah rumah di Taman Kota Masai dipimpin oleh Tuan Haji Herman Irmadi Bin Ismail, ALPA YPG.

Rumah Pertama

Rumah pertama di mulai dengan kediaman Encik Vasu Devan A/L Ponniah. Encik Vasu merupakan pesakit yang menderita strok bahagian sebelah kiri badan sejak 6 tahun lepas.Doktor mengesahkan punca beliau diserang strok adalah kerana kencing manis dan darah tinggi.

Sebelum ini, beliau pernah menjalani pembedahan di bahagian kepala untuk membuang darah beku. 6 bulan sekali, dirinya akan melakukan rawatan kesihatan di Klinik Kesihatan Pasir Gudang. Kini, beliau tidak boleh berjalan dan hanya mampu makan roti sahaja dan memakai lampin pakai buang dewasa untuk urusan diri. YPG menyumbangkan wang ihsan pesakit kronik dan membeli lampin pakai buang untuk Encik Vasu.

Rumah Kedua

Ziarah diteruskan lagi ke kediaman Puan Kamariah Binti Moen. Puan Kamariah diuji dengan sakit kencing manis dan darah tinggi. Sakit yang dialaminya menyebabkan ibu jari kaki sebelah kiri terpaksa dipotong pada awal bulan Mac tahun ini.

2 hari sekali, beliau akan cuci luka di Klinik Kota Masai dan sebulan sekali, dirinya akan melakukan rawatan kesihatan di Hospital Sultanah Ismail (HSI). Beliau memerlukan pemakaian lampin pakai buang dewasa untuk urusan diri. Buat masa kini, beliau tidak boleh berjalan dan memerlukan bantuan kerusi roda yang dipinjam untuk bergerak.

Di samping itu, suaminya juga merupakan pesakit dialisis sejak 5 tahun lalu. Suaminya akan menjalani dialisis sebanyak 3 kali seminggu. Alhamdulillah, Baitulmal MAIJ telah membantu suaminya dengan membayarkan kos rawatan dialisis. Yayasan Pasir Gudang mengambil kesempatan menyalurkan sumbangan wang ihsan pesakit kronik dan dan membeli lampin pakai buang dewasa untuk keperluan Puan Kamariah.

Rumah Ketiga

Ziarah ketiga di kediaman Puan Norhafizah Binti Md Mohidin. Puan Norhafizah mengalami strok sebelah kiri bahagian kaki dari bahagian peha sejak 12 Oktober tahun lalu. Hasil rawatan, strok terjadi pada beliau berpunca daripada darah tinggi, kencing manis dan darah beku dalam kepala. Beliau tidak boleh berjalan dan hanya boleh bergerak melalui kerusi roda. Dirinya juga memakai lampin pakai buang dewasa untuk urusan diri.

Selain itu, suaminya juga kehilangan tangan sebelah kiri sampai ke siku akibat terkena mesin semasa kerja di kilang papan pada tahun 2004. Sumbangan wang ihsan telah diberikan kepada Puan Norhafizah.

Rumah Keempat

Ziarah terakhir di kediaman Puan Sinnamah A/P Thangaviloo. Puan Sinnamah merupakan pesakit buah pinggang dan kencing manis serta telah kehilangan suaminya pada 15 Disember tahun lalu. Beliau menjalani rawatan dialisis di Hospital Kota Tinggi sejak 2018. Kos pembayaran rawatan dialisis telah dibantu oleh SOCSO.

Beliau memerlukan kerusi roda yang baru memandangkan kerusi roda lamanya telah rosak. Yayasan Pasir Gudang mendengar keluhan dan hasratnya untuk memiliki kerusi roda baru dan telah menyumbangkan sebuah kerusi roda dan sedikit wang ihsan kepada beliau. Beliau merupakan penerima bantuan Jabatan kebajikan Masyarakat sebanyak RM 300 sebulan.

Moga kesemua keluarga yang dikunjungi hari ini diberikan kekuatan untuk terus tabah dan cekal dalam menjalani kehidupan dan ujian masa mendatang.

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top