[ 6 Jun 2021, Ahad ] Yayasan Pasir Gudang telah menziarahi 3 buah rumah bersama Puan Shahriah Binti Ismail, ALPA YPG.
*Rumah Pertama*
Berjumpa Encik Davendran A/L Selvaraju di Taman Sierra Perdana. Encik Davendran merupakan pesakit buah pinggang bermula Disember tahun lalu. Sebelum ini, beliau bekerja di Singapura dan kini tidak bekerja disebabkan PKP dan komitmen dialisis beliau.
Setiap minggu, beliau akan melakukan rawatan dialisis sebanyak 3 kali yang mana ianya dibantu oleh SOCSO dari segi pembayaran dialisis sebanyak RM150. Jadi beliau hanya tinggal membayar RM70.
Kini, isterinya bekerja membantu perbelanjaan keluarga. Bekerja pada waktu malam di kilang dan siang membantu suaminya untuk dialisis.
*Rumah Kedua*
Seterusnya berjumpa dengan Encik Hilmie Bin Dalip di Taman Air Biru. Encik Hilmie mengalami strok di bahagian kepala sejak PKP setahun lalu. Doktor juga mengesahkan punca strok disebabkan darah tinggi dan cuaca panas telah menyebabkan saluran darah dalam otak tersumbat.
Kesan stroknya ini menyebabkan otak beliau menjadi lemah, sakit kepala dan mudah lupa. Dari perbualan kami tadi, beliau memang agak sukar untuk berbual dan perlahan.
Setiap 2 bulan sekali, beliau melakukan rawatan susulan di Hospital Sultan Ismail (HSI). Dengan bantuan bekas isteri, membantu dirinya dari segi bekalan makanan dan penghantaran ke hospital untuk rawatan susulan.
Beliau tidak bekerja dan untuk urusan bekalan makanan di rumah mengunakan bantuan wang i-Sinar yang dikeluarkan tempoh hari bagi membayar sewaan dan utiliti.
*Rumah Ketiga*
Berkesempatan juga berjumpa dengan encik Mahadi Bin Kassim di Taman Air Biru bagi menyampaikan pemberian wang Insentif Agenda Johor Berkebajikan e-Kasih kepada beliau.
Beliau merupakan penerima daripada senarai e-Kasih yang telah ditetapkan oleh Pejabat Daerah Johor Bahru sebelum ini.
Sumbangan wang ihsan pesakit kronik diserahkan kepada mereka dari pihak Yayasan Pasir Gudang. Moga pemberian ini dapat membantu meringankan sedikit sebanyak bebanan yang dirasai oleh mereka.