[ 8 Jun 2021, Selasa ]
Yayasan Pasir Gudang mengunjungi kediaman Puan Enah Binti Mohamed di Tanjung Puteri Resort bersama Encik Nazri Bin Tangis, ALPA YPG.
 
Puan Enah telah terlantar sakit sejak bulan April tahun ini. Sakitnya ini berpunca apabila beliau tergelincir dari tangga rumahnya. Kesannya menyebabkan tulang di bahagian punggung retak dan tidak boleh berjalan. Buat masa kini, beliau menggunakan lampin pakai buang dewasa untuk urusan diri.
 
Beliau telah menyatakan hasratnya untuk memiliki katil pesakit memandangkan katil tidurnya sudah usang. Oleh demikian, Yayasan Pasir Gudang mendengar keluhan dan hasratnya untuk memiliki katil pesakit dan telah menyumbangkan sebuah katil pesakit yang baru kepada beliau.
 
Semoga Puan Enah dipulihkan kesihatan serta diberikan kekuatan untuk terus cekal menghadapi ujian yang diterimanya.
Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top