Yayasan Pasir Gudang pada pagi tadi telah berkunjung ke beberapa rumah di kawasan Kg Desa Bakti Masai dan Taman Rinting. Turut bersama Yayasan Pasir Gudang pada hari ini adalah Encik Vijayan A/L Rajoo, Ahli Majlis MBPG.

Yayasan Pasir Gudang pada pagi tadi telah berkunjung ke beberapa rumah di kawasan Kg Desa Bakti Masai dan Taman Rinting. Turut bersama Yayasan Pasir Gudang pada hari ini adalah Encik Vijayan A/L Rajoo, Ahli Majlis MBPG.

Ziarah rumah pertama di Kg Desa Bakti Masai iaitu kediaman Puan Fatimah Binti Omar. Puan Fatimah merupakan ibu tunggal dan tidak bekerja. Puan Fatimah merupakan pesakit kencing manis. Anaknya, Puan Mazela memberitahu kami bahawa penglihatan Puan Fatimah juga turut terjejas dan kurang jelas penglihatannya. Sedih dan pilu melihat keadaan Puan Fatimah yang kehilangan kedua-dua belah kakinya sehingga paras lutut akibat sakit kencing manis dan memakai lampin pakai buang untuk urusan diri.

Kini, Puan Fatimah hanya duduk di rumah dan akan mengesot untuk melakukan rutin seharian. Alhamdulillah, sebelum ini Puan Fatimah pernah menerima bantuan lampin pakai buang dari Pihak Zakat. Yayasan Pasir Gudang menghulurkan sumbangan barang keperluan, beberapa beg lampin pakai buang dan sedikit wang tunai kepada Puan Fatimah agar sedikit sebanyak dapat meringankan dugaan Puan Fatimah.

Ziarah rumah terakhir adalah kediaman Encik Mohamad Bin Md Noh di Taman Rinting. Encik Mohamad merupakan pesakit strok sebelah kanan dan mempunyai darah tinggi sejak awal bulan Februari tahun ini. Kini, Encik Mohamad terlantar di katil dan menggunakan lampin pakai buang untuk urusan diri. Encik Mohamad hanya boleh minum susu untuk mengisi perutnya.

Isterinya juga merupakan pesakit buah pinggang, darah tinggi dan minor strok sejak 2013 lagi. Isterinya iaitu Puan Asmah menjalani dialisis di Pusat Hemodialisis, MAIJ Johor dan mendapat kos bantuan daripada MAIJ. Kenderaan pergi dan balik untuk melakukan rawatan dihantar oleh anaknya. Sumbangan lampin pakai buang, susu dan sedikit wang tunai telah disalurkan kepada Encik Mohamad dan isterinya bagi meringankan bebanan mereka pada masa mendatang.

Semoga kesihatan Puan Fatimah dan Encik Mohamad sekeluarga berada dalam keadaan sihat sejahtera. Yayasan menyeru warga Pasir Gudang untuk turut bersama-sama membantu masyarakat terutama yang memerlukan.

Sumbangan boleh disalurkan dengan klik pautan link di bawah :
https://yayasanpasirgudang.org.my/elementor-5747/

Atau sumbang secara terus ke Akaun Yayasan Pasir Gudang :
Bank Islam (BIMB)
01087010046859

Info lanjut boleh layari ke laman sesawang rasmi YPG :
https://yayasanpasirgudang.org.my/

#PasirGudangPrihatin

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top