[ 9 Jun 2021, Rabu ] Yayasan Pasir Gudang telah menziarahi 3 buah keluarga di Taman Kota Masai dan Taman Pasir Putih bersama Tuan Haji Herman Irmadi Bin Ismail, ALPA YPG.

* Rumah pertama*

Bertemu Encik Ponniah A/L Kanthasamy di Taman Pasir Putih. Encik Ponniah diuji dengan buasir. Beliau telah melakukan pembedahan pada 4 Mei yang lalu dan melakukan rawatan susulan di Hospital Sultanah Aminah (HSA).

Sebelum ini juga, dirinya pernah mengalami kemalangan apabila terjatuh dari tiang telefon pada ketinggian 20 kaki dan telah mengakibatkan kecederaan patah pinggang dan susah untuk membuang air. Beliau memerlukan tongkat untuk berjalan dan menggunakan lampin pakai buang dewasa untuk urusan diri.

Anak-anaknya telah membantu menyara dari segi keperluan barangan rumah. Yayasan Pasir Gudang telah menghulurkan sedikit sumbangan wang ihsan dan lampin pakai buang dewasa kepada beliau.

* Rumah Kedua *

Selanjutnya bertemu dengan Encik Zakaria Bin Ashari di Taman Kota Masai. Encik Zakaria merupakan mangsa kemalangan jalanraya pada 23 Februari tahun ini. Kemalangan terjadi di antara motor dan lori di Highway Plentong.

Akibatnya menyebabkan kecederaan patah kaki dan tangan pada beliau dan isterinya juga kehilangan kaki di sebelah kanan.

Isterinya telah mendapatkan rawatan susulan dan terapi di Hospital Sultan Ismail (HSI). Manakala beliau hanya melakukan rawatan cuci luka di rumah dan NGO telah membantunya membayarkan kos rawatan cuci luka. Yayasan Pasir Gudang menghulurkan bantuan wang ihsan pesakit kronik kepada Encik Zakaria.

* Rumah Ketiga*

Pertemuan terakhir di Taman Kota Masai, kediaman Encik Ab Rahman Bin Jamirin. Encik Ab Rahman telah membantu menyara dan menjaga cucunya yang yatim piatu sejak kehilangan ibu kepada cucunya pada tahun lalu kerana sakit. Manakala ayah kepada cucunya juga telah meninggal dunia sejak 7 tahun lepas kerana sakit buah pinggang.

Sebelum ini, beliau telah bekerja di Singapura dan disebabkan pandemik Covid-19, dirinya telah diberhentikan kerja sejak tahun lalu. Kini, bagi membantu menyara cucu kesayangnya, beliau telah menjual karipap sejuk beku. Sejak PKP, pendapatan beliau terjejas dalam menyara keluarga.

Yayasan Pasir Gudang berkesempatan menghulurkan sumbangan barangan keperluan kepada Encik Ab Rahman.

Semoga setiap sumbangan yang dihulurkan dapat membantu mengurangkan ujian yang dipikul oleh mereka semua.

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top