Matlamat program Ziarah Prihatin dan Bantuan Kecemasan adalah untuk berkunjung dan menyampaikan bantuan secara ‘one off’. Proses bancian dilakukan bagi mengenalpasti dan mengesahkan keluarga terbabit tergolong seperti yang disyaratkan. Program ini juga bertujuan bagi sebagai langkah awal sebelum kes-kes tersebut dimajukan kepada agensi-agensi kerajaan yang berkaitan kebajikan.
Senarai Kategori
Terdapat ENAM kategori :
Pesakit Kronik yang melibatkan perbelanjaan berkala melibatkan skala kecil-sederhana seperti alat dan ubat-ubatan.
Pesakit Kronik (Kritikal) bagi pesakit-pesakit khas yang memerlukan pembedahan dan kos perbelanjaan yang besar.
Orang Kurang Upaya dibantu melalui pembelian alat bantu.
Kemalangan yang melibatkan ketua isi rumah yang menyebabkan ketidakupayaan untuk bekerja buat sementara waktu.
Musibah bencana meliputi bencana alam atau bencana kebakaran yang melibatkan kediaman.
Pemberian barangan keperluan dapur kepada mereka yang terdesak atau ketiadaan makanan bagi mengelakkan kelaparan atau kematian.
Sejak dari 2015 sehingga 2024, Yayasan Pasir Gudang telah membantu lebih dari 10,000 orang sekitar kawasan Pasir Gudang dan kawasan Tebrau.