PASIR GUDANG : Yayasan Pasir Gudang pada 25 April 2022 (Isnin) berkesempatan menziarahi 3 pesakit kronik di sekitar kawasan Rumah Pangsa Taman Cendana.

[ Pesakit Kronik : Pertama ]

Berkunjung ke kediaman Encik Syukur Low bin Abdullah di Blok 31, Taman Cendana. Beliau merupakan individu mualaf yang kurang upaya, OKU (Bisu) yang diuji dengan sakit kulit kronik sejak bulan November tahun 2021.

Ekoran sakit kulit yang semakin kronik dan melarat, beliau tidak dapat berjalan seperti biasa. Namun, sejak kebelakangan ini, sakit kulit beliau semakin pulih dan mampu berjalan tetapi memerlukan sokongan bantuan daripada tongkat atau kerusi roda untuk bergerak.

Beliau kini tinggal bersendirian disebabkan bapanya telah meninggal dunia sejak 4 bulan yang lalu. Alhamdulillah, jiran tetangga telah membantu dari segi pembayaran bil api dan air rumahnya serta pembelian makanan seharian beliau.

[ Pesakit Kronik : Kedua ]

Diteruskan berjumpa dengan adik Mia Dieyanna binti Mohd Arifin di Blok 48, Taman Cendana yang menghidap sakit buah pinggang sebelah kiri yang bocor serta mempunyai dua saluran air kencing sejak lahir. Adik Mia kini baru berumur 1 tahun 4 bulan.

Hasil pemeriksaan doktor, kandungan air kencing adik Mia mempunyai garam dan tidak bersih sepenuhnya. Hal ini menyebabkan adik Mia mengalami bengkak pada pinggangnya. Buat masa kini, dari segi makan dan minum hanya boleh minum minuman dari sumber susu soya.

[ Pesakit Kronik : Ketiga ]

Bertemu dengan adik Nurlaila binti Muhammad Azanni (berumur 12 tahun) dan adik Khayrah Alesh (berumur 7 tahun) di Blok 50, Taman Cendana. Adik Nurlaila merupakan pesakit kronik yang mempunyai masalah pada bahagian selaput mata.

Doktor menasihati agar adik Nurlaila menjalani pembedahan pembuangan selaput mata yang kadangkala menganggu penglihatan beliau semasa pembelajaran di sekolah mahupun di rumah. Pembedahan akan dilakukan pada bulan Mac tahun 2023.

Manakala, adiknya pula iaitu Khayrah Alesh mempunyai sakit sawan sejak umur 5 tahun. Ibu kepada adik Nurlaila dan Khayrah iaitu Dayana Suhana binti Abdullah merupakan penerima bantuan Food Aid MyKasih daripada Yayasan Pasir Gudang dan bantuan Prihatin Kasih.

Kesemua pesakit kronik yang diziarahi telah menerima sumbangan ihsan pesakit kronik Yayasan Pasir Gudang yang telah disampaikan oleh Puan Shahriah binti Ismail, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir Gudang.

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top