12 Mei 2022 | Khamis

PASIR GUDANG : Hari ini, 3 pesakit kronik di sekitar kawasan perumahan Bandar Seri Alam telah menerima kunjungan ziarah daripada Yayasan Pasir Gudang.

[ Pesakit Kronik : Pertama ]

Dimulakan dengan melawat Encik Ramli bin Md Salleh di Jalan Suria 49, Bandar Seri Alam. Beliau merupakan pesaki kronik yang menghidap sakit kencing manis yang kronik. Pada bulan Oktober 2021, beliau telah menjalani pembedahan pemotongan jari ibu kiri kakinya disebabkan sakit kronik yang dialaminya.

Kesan lain terhadap kesihatan beliau adalah kakinya kerap mengalami kebas serta penglihatan beliau sering terganggu akibat tidak jelas menyebabkan beliau tidak berani untuk keluar memandu. Pada 29 Mei 2022, beliau akan bertemu pakar mata untuk membuat pemeriksaan lanjut.

[ Pesakit Kronik : Kedua ]

Diteruskan dengan berjumpa Encik Anwar bin Mohamad di Jalan Bayu 14, Bandar Seri Alam yang mengalami komplikasi terutama di bahagian saluran hati apabila terdapat batu karang yang tersekat di kawasan tersebut dan telah menjalani pembedahan pembuangan hempedu pada bulan Disember 2021.

Selepas 5 hari menjalani pembedahan, beliau mengalami sesak nafas dan perut membesar. Hal ini disebabkan terdapat cecair (darah kotor) yang terkumpul di bahagian perut dan doktor pakar terpaksa menidurkan beliau di wad Unit Rawatan Rapi (ICU).

Pembedahan semula telah dilaksanakan bagi mengeluarkan cecair tersebut, namun tidak dijahit semula kawasan luka pembedahan kerana usus beliau terdapat jangkitan kuman. Tekak beliau telah ditebuk untuk saluran pernafasan dan sehingga kini masih digunakan.

Kini, beliau akan melakukan rawatan cuci luka 2 hari sekali di Klinik dan 5 Hari sekali di Hospital Sultanah Aminah, HSA. Beliau juga hanya mampu minum minuman susu dan makan bubur sebagai sumber nutrisi.

[ Pesakit Kronik : Ketiga ]

Ziarah terakhir bertemu dengan Puan Vatamelai A/P Rengasamy di Jalan Bayu 32, Bandar Seri Alam. Beliau merupakan ibu tunggal yang kurang upaya, OKU ( kaki sebelah kanan sehingga paras lutut yang telah dipotong ) pada tahun 2021 ekoran sakit kronik yang dialami beliau iaitu sakit kencing manis yang kronik.

Disebabkan sakit yang dialaminya, beliau terpaksa menggunakan lampin pakai buang dewasa untuk urusan diri dan hanya minum minuman susu sebagai sumber nutrisi kerana kurang selera makan. Kini beliau tinggal bersama anaknya di Bandar Seri Alam.

3 pesakit kronik yang diziarahi hari ini telah menerima sumbangan ihsan pesakit kronik Yayasan Pasir Gudang yang telah disampaikan oleh Encik Guru Naidu A/L Subramaniam, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir Gudang.

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top