17 Mei 2022 | Selasa |

TEBRAU : Yayasan Pasir Gudang bersama YB Haji Azizul bin Bachok, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tiram telah selesai melawat 3 pesakit kronik yang berada di sekitar kawasan Taman Cahaya Masai dan Bandar Bestari Perdana.

[ Pesakit Kronik : Pertama ]

Kunjungan pertama bertemu Encik Mohamad Syarif bin Inam Kordi di Jalan Berlian 8, Taman Cahaya Masai. Beliau merupakan pesakit kronik yang menghidap kanser usus tahap 3 sejak bulan Januari 2022.

Najis mempunyai darah dan berat badan turun mendadak merupakan kesan awal yang beliau hadapi apabila sakit kanser usus menimpanya. Hasil pemeriksaan doktor pakar mendapati bahawa usus beliau telah membangkak sepanjang 9 cm dan dinasihatkan untuk memakai stoma bag.

Beliau kini perlu melakukan rawatan Radioterapi sebanyak 5 kali (kitaran lengkap 25 kali) dan rawatan Kimoterapi sebanyak 6 kitaran yang telah bermula pada 31 Mac 2022.

[ Pesakit Kronik : Kedua ]

Diteruskan dengan berjumpa Encik Zainal bin Hassan yang merupakan pesakit kencing manis kronik di Jalan Delima 17, Taman Cahaya Masai. Pada 6 Disember 2021, beliau terpaksa menjalani pembedahan pembuangan kaki kanan sehingga paras lutut beliau ekoran sakit kronik yang dialaminya.

Sebelum ini beliau bekerja di sebuah syarikat bernama Edible Oil. Namun semenjak beliau telah kehilangan kaki kanannya, beliau tidak lagi bekerja kerana kesukaran untuk bergerak melakukan pekerjaan yang berat.

Beliau terpaksa menggunakan bantuan kerusi roda atau tongkat sepenuhnya untuk bergerak dan melakukan rutin harian. Buat masa kini, permohonan kaki palsu kepada pihak SOCSO dalam proses menunggu.

[ Pesakit Kronik : Ketiga ]

Lawatan terakhir diakhiri di Jalan Ixora 40, Bandar Bestari Perdana iaitu bertemu Encik Roslan bin Solah yang disahkan menghidap sakit kanser pankreas tahap 2 pada bulan Februari 2022.

Pada 7 Mac 2022, beliau telah menjalani pembedahan pembuangan pankreas serta pemotongan usus besar dan usus kecil sedikit. Beliau perlu menjalani rawatan cuci luka setiap hari di klinik swasta dan rawatan kimoterapi di Hospital Sultanah Aminah, HSA.

Dari segi kos rawatan, beliau terpaksa menggunakan duit simpanan hasil daripada berniaga untuk menampung segala kos ubatan dan kimoterapi.

YB Haji Azizul bin Bachok telah menghulurkan sumbangan ihsan pesakit kronik kepada setiap pesakit kronik yang diziarahi hari ini. Turut serta adalah Tuan Haji Herman Irmadi bin Ismail, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir Gudang.

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top