PASIR GUDANG : Pada 11 Jun 2022 (Sabtu), Yayasan Pasir Gudang bersama Encik Azleen bin Ambros, Ahli Majlis MBPG telah selesai menziarahi 6 orang pesakit kronik di sekitar kawasan Pangsapuri Taman Cendana.

[ Pesakit Kronik : Pertama ]

Dimulakan di Blok 49, Taman Cendana iaitu Encik Rahim bin Nayan yang menghidap penyakit parkingson.

Sebulan sekali, beliau akan mendapatkan rawatan susulan di Hospital Permai kerana sering kali terganggu melihat perkara ghaib dan bisikan di fikirannya. Hal ini menyebabkan beliau pada setiap hari perlu memakan ubat dan mengambil suntikan insulin bagi menenangkan keadaan beliau.

Isterinya iaitu Puan Siti Rokiah binti Abdullah juga merupakan pesakit radang ulu hati dan kencing manis yang kronik. Hal ini menyebabkan beliau perlu dipimpin untuk bergerak kerana tubuhnya yang lemah.

Anaknya yang tinggal bersebelahan rumah akan membantu ibu dan ayahnya dari segi tanggungan harian makan dan minum.

[ Pesakit Kronik : Kedua ]

Diteruskan dengan Encik Noor Muhammad Naqiudin bin Mohd Nasuhah yang tinggal di Blok 51, Taman Cendana. Beliau merupakan pesakit yang diuji dengan sakit kanser darah.

Walaupun keadaan beliau semakin pulih dan menunjukkan ke arah yang positif, beliau masih tidak dapat bekerja seperti biasa kerana keadaan dirinya yang sering cepat penat.

Buat masa kini, beliau tidak perlu menggantikan darah beliau atas nasihat doktor pakar dan hanya memakan ubat yang diberikan oleh pihak hospital. Beliau juga perlu memasukkan ubat, IV Cosmofer ke tubuhnya setiap 2 bulan sekali.

Alhamdulillah, beliau merupakan penerima bantuan Perkeso, JKM dan Baitulmail, MAIJ.

[ Pesakit Kronik : Ketiga ]

Berjumpa Encik Mohd Yunun bin Salleh di Blok yang sama iaitu Blok 51, Taman Cendana. Beliau telah diuji dengan ketumbuhan sakit katarak pada kedua-dua belah matanya.

Pada 26 Mac 2022, beliau telah menjalani pembedahan pembuangan katarak di Hospital Sultan Ismail, HSI. Alhamdulillah, kini beliau mampu berjalan dan melihat dengan baik namun masih memerlukan bantuan tongkat untuk bergerak.

Isterinya iaitu Puan Saodah binti Che Nell juga merupakan pesakit kronik yang mengalami ketumbuhan pada ususnya. Pada bulan Mei 2022, beliau telah menjalani pembedahan ketumbuhan di HSI.

Beliau telah mengalami gejala muntah-muntah kesan daripada pembedahan yang dilakukan apabila tiba di kediamannya dan pihak hospital telah memberikan ubat tahan muntah bagi mengurangkan kesan yang dialaminya.

Sebelum ini, Encik Yunun merupakan penerima bantuan Baitulmal, MAIJ sebelum ditamatkan kontrak pada tahun 2020. Kini, beliau merupakan menerima bantuan bulanan daripada pihak JKM.

[ Pesakit Kronik : Keempat ]

Di Blok 50, Taman Cendana bertemu Puan Kintan binti Ibrahim yang telah menghidap sakit kanser usus tahap 2 sejak tahun 2020.

Pada bulan Mei 2022, beliau telah disahkan oleh doktor mengalami penyakit kronik yang lain iaitu strok separuh badan. Hal ini mengakibatkan beliau terlantar sakit di atas katil sehingga kini. Anak dan menantu akan membantu urusan rawatan susulan di HSI dan harian beliau dari segi makan dan minum.

Menantunya iaitu Puan Nur Amanina binti Rosli berhasrat agar bantuan kerusi roda dan katil pesakit dapat diperolehi kerana dapat memudahkan urusan harian ibu mertuanya yang sakit ini.

Alhamdulillah, Puan Kintan merupakan penerima bantuan daripada pihak JKM.

[ Pesakit Kronik : Kelima ]

Seterusnya di Blok 54, Taman Cendana bertemu Puan Saadiah binti Sulaiman yang mempunyai ketumbuhan dalam rahim sejak hujung bulan 5.

Setiap minggu, beliau perlu menjalani rawatan susulan di HSI dan hanya perlu makan ubat yang dibekalkan oleh pihak hospital setiap hari tanpa menjalani sebarang pembedahan.

Sebelum ini, beliau berniaga bersama suami, namun tidak dapat berniaga semenjak bulan ramadhan tahun 2022 kerana kesihatan yang dialaminya.

[ Pesakit Kronik : Keenam ]

Sesi ziarah terakhir diakhiri di kediaman Encik Abdul Wahab bin Md Saleh, Blok 46, Taman Cendana yang telah menderita sakit kimfoma sejak tahun 2011. Beliau juga merupakan pesakit kanser usus tahap 2.

Beliau telah menjalani pembedahan pembuangan kanser usus pada tahun 2022 dan telah dipakaikan stoma beg di bahagian perutnya. Pada 13 Jun 2022, beliau akan mendapatkan rawatan kesihatan dan rawatan susulan di HSI.

Bantuan ihsan pesakit kronik telah disampaikan oleh Encik Noor Azleen bin Ambros bersama Encik Inderaputra bin Haji Ibrahim, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir Gudang kepada penerima yang diziarahi.

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top