TEBRAU : Sebelum ini, Yayasan Pasir Gudang telah menerima maklumat dan perkongsian daripada penduduk komuniti sekeliling di kawasan Kg Pasir Putih dan Kg Tanjung Langsat mengenai 2 pesakit kronik yang perlu dibantu dan didengar nasib mereka.

Oleh yang demikian, Yayasan Pasir Gudang bersama YB Tuan Haji Azizul bin Bachok, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tiram mengambil inisiatif untuk menziarahi mereka di kediaman masing-masing.

(Pesakit Kronik : Pertama)

Di Jalan Sekolah Agama, Kg Pasir Putih untuk bertemu Puan Rahayu binti Dollah yang diuji dengan sakit kanser stoma sejak bulan Februari 2023.

Pada 28 Februari 2023, beliau telah menjalani pembedahan menebuk lubang di bahagian ususnya dan telah ditahan di Hospital Sultan Ismail (HSI) sehingga 8 Mac 2023.

Menurut beliau, selepas menjalani pembedahan pada peringkat permulaan, beliau tidak dapat makan seperti biasa kerana sering termuntah.

Syukur kerana kini beliau beransur pulih dan mampu untuk makan seperti biasa tetapi dalam jumlah yang sedikit. Walaubagaimanapun, beliau perlu menggunakan stoma bag untuk urusan seharian dan minum minuman susu nutrisi yang ditetapkan oleh pihak hospital.

(Pesakit Kronik : Kedua)

Diakhiri di kediaman Puan Zainon binti Idris (65 tahun) dan Encik Ab Rahman bin Awang (suami, 68 tahun) di Kg Tanjung Langsat.

Berdasarkan maklumat yang diberi oleh Puan Zainon, beliau telah di diagnosis penyakit buah pinggang dan kencing manis kronik sejak hujung bulan Februari 2023.

Menurut beliau, penyakit kencing manis yang dimilikinya itu telah sampai ke bahagian jari kakinya sehinggakan doktor terpaksa potong bagi mengelakkan jangkitan pada bahagian tubuh yang lain.

Namun begitu, keadaan semakin bertambah teruk apabila kedua-dua belah kakinya pula terpaksa dipotong pada bulan Februari 2023 disebabkan kencing manis telah merebak ke kawasan tersebut.

Suaminya iaitu Encik Ab Rahman bin Awang juga menderita sakit yang melibatkan kaki sejak 2019, namun bukan melibatkan penyakit kencing manis.

Selepas selasai mendengar kisah yang mereka kongsikan mengenai penyakit kronik yang mereka hadapi, YB Tuan Haji Azizul bin Bachok telah mengambil peluang untuk menghulurkan sumbangan wang ihsan pesakit kronik Yayasan Pasir Gudang kepada mereka (pesakit) yang terlibat bagi kegunaan kos-kos rawatan dan ubat-ubatan.

YB Tuan Haji Azizul bin Bachok juga berkesempatan mendoakan agar pesakit ini diberikan kesembuhan kesihatan dan sentiasa dicurahi dengan rezeki yang meluas atas asbab ujian yang menimpa mereka.

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top