PASIR GUDANG : Pada 4 April 2023 (Selasa), YB Tuan Haji Baharudin bin Mohamed Taib, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas merangkap Pengerusi Yayasan Pasir Gudang berkesempatan meluangkan masa beliau untuk menziarahi 2 orang pesakit kronik di kawasan Taman Mawar.

(Pesakit Kronik : Pertama)

YB Tuan Haji Baharudin bin Mohamed Taib telah memulakan sesi ziarah di kediaman Puan Rahimah binti Hussin (61 tahun) yang terkena serangan sakit strok ketika diluar negara.

Munurut butiran yang diterima dari Puan Rahimah, beliau telah mengalami serangan sakit strok ketika berada di Batam, Indonesia pada 10 Januari 2023 yang menyebabkan beliau terlantar sakit dan menerima rawatan perubatan disana sebelum pulang kembali ke Johor bagi meneruskan rawatan lanjutan.

Berdasarkan pengesahan doktor pakar dari Hospital Pakar KPJ Pasir Gudang, beliau mempunyai darah beku di bahagian kepala dan telah menjalani pembedahan disana bagi membuang darah beku tersebut. Buat masa kini, kesihatan beliau beransur pulih dan masih memerlukan rawatan susulan di hospital.

(Pesakit Kronik : Kedua)

Di akhiri dikediaman Encik Mohamad Nazri bin Misran (39 tahun) di Jalan Mawar 31, Taman Mawar. Berdasarkan maklumat yang diterima oleh Yayasan Pasir Gudang, beliau telah disahkan mengalami sakit buah pinggang tahap 5 sejak bulan November 2022.

Menurut Encik Nazri, pada awal permulaan simptom yang beliau hadapi, perutnya telah mengalami sakit yang melampau sebelum bertindak untuk bergegas ke hospital bagi melihat punca sebenar sakitnya itu. Namun, apabila selesai membuat pemeriksaan, doktor mengesahkan bahawa buah pinggangnya telah mengecut.

Oleh yang demikian, beliau telah melakukan tapak dialisis dan masih menjalani rawatan dialisis sehingga kini di Pusat Rawatan Dialisis Sinar Care. Syukur kerana beliau telah menerima bantuan PERKESO dan Baitulmal, MAIJ bagi membantu kos rawatan dialisisnya.

Dari segi sumber pendapatan, beliau masih berkerja dan memiliki kedai printing tersendiri bagi menyara isteri dan anak-anaknya. Isterinya iaitu Puan Suhana binti Haron juga telah membantu suaminya dalam urusan perkerjaan.

Selepas mendengar nasib dan keluhan mereka, YB Tuan Haji Baharudin bin Mohamed Taib berasa bahawa nasib pesakit kronik ini perlu didengar dan dibela kerana penduduk komuniti di sekeliling kita umpama sebuah keluarga dan mereka tidak bersendirian dalam mengharungi ujian yang menimpa diri mereka.

Oleh yang demikian, YB Tuan Haji Baharudin bin Mohamed Taib bertindak untuk menghulurkan sumbangan wang ihsan pesakit kronik Yayasan Pasir Gudang kepada pesakit yang terlibat bagi meringankan serba sedikit beban kos rawatan yang mereka perlukan untuk pulihkan kembali kesihatan kepada yang lebih baik.

Doa dan harapan agar Puan Rahimah dan Encik Nazri sentiasa diberikan kecekalan dan ketabahan dalam mengharungi ujian dan dugaan serta semoga digantikan ujian ini dengan rezeki yang luas terutama dari segi kesihatan dan pendapatan.

Turut serta adalah Dato’ Haji Mohd Amin bin Ahmad (Ahli Majlis MBPG (Zon Mawar)), Encik Nooraizam bin Rowaji (Ahli Majlis MBPG), Ketua Kampung dan Tuan Haji Hashim bin Marsidi.

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top