PASIR GUDANG | 10 April 2023 : Baru-baru ini, Yayasan Pasir Gudang telah menerima maklumat menerusi perkongsian dari masyarakat setempat di sekitar kawasan Bandar Seri Alam mengenai 2 orang individu pesakit kronik yang perlu dibantu atas faktor kehilangan kesihatan yang baik disebabkan penyakit kronik yang berbeza.

Oleh yang demikian, YB Tuan Haji Baharuddin bin Mohamed Taib, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas merangkap Pengerusi Yayasan Pasir Gudang telah meluangkan masa beliau untuk bertemu sendiri pesakit kronik yang terbabit bagi mengetahui info lanjut dan permasalahan yang mereka hadapi mengenai penyakit kronik mereka.

(Pesakit Kronik : Pertama)

Dimulakan dengan bertemu Puan Thulerse A/P Muniasamy (51 tahun, ibu tunggal) di Blok V, Jalan Tasek 64, Bandar Seri Alam. Menurut Puan Thulerse, beliau merupakan pesakit kronik yang mempunyai sakit jantung dan buah pinggang sejak bulan Februari 2023.

Walaupun beliau telah disahkan menghidap penyakit buah pinggang, dirinya masih belum memulakan rawatan dialisis kerana tidak berkemampuan untuk menanggung kos pembuatan tapak dialisis yang agak tinggi.

Sebelum ini beliau berkerja sebagai juruwang di sebuah kedai makan bagi menyara keluarganya, namun kini terpaksa berhenti berkerja atas faktor kesihatan dan telah dijaga oleh kakaknya yang tinggal di Kuala Lumpur bersama seorang anaknya.

(Pesakit Kronik : Kedua)

Pesakit kronik terakhir diakhiri di kediaman Encik Ahmad bin Satari (80 tahun, bapa tunggal) di Jalan Tasek 39, Bandar Seri Alam yang telah menderita sakit strok selama 4 tahun.

Beliau telah dijaga sepenuhnya oleh anaknya iaitu Puan Jamilah binti Ahmad (64 tahun, ibu tunggal) dari segi ubat-ubatan, lampin pakai buang dewasa, dan urusan harian. Bagi membantu ayahnya dari segala perkara,

beliau telah berkerja sebagai pembantu kedai dan berniaga sambilan menjual dan membuat kerepek rempeyek serta kuih ros untuk menambah sumber pendapatan.

Anak Puan Jamilah juga turut membantu serba sedikit keperluan yang diperlukan oleh atoknya (Encik Ahmad). Buat masa kini, Encik Ahmad tidak menjalani rawatan susulan di hospital disebabkan kekangan masa dan tiada orang untuk menguruskan apabila Puan Jamilah berkerja.

Beliau kini bergantung terhadap ubat-ubatan yang dibeli di Farmasi (saranan dan dibawah pemerhatian doktor) dan menggunakan lampin pakai buang sepenuh masa.

Di akhir kunjungan setiap kediaman, YB Tuan Haji Baharuddin bin Mohamed Taib memikirkan bahawa setiap pesakit kronik ini perlu dibantu dan dibela nasib mereka terutama disebabkan kekangan kewangan yang mereka hadapi dalam mengharungi ujian yang menimpa diri mereka.

Oleh yang demikian, YB Tuan Haji Baharuddin bin Mohamed Taib telah menghulurkan sumbangan wang ihsan pesakit kronik Yayasan Pasir Gudang kepada pesakit yang terlibat serta membantu memikirkan solusi yang terbaik agar nasib mereka ini terus terbela pada masa mendatang.

YB Tuan Haji Baharuddin bin Mohamed Taib telah mendoakan agar mereka sentiasa diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menjalani liku-liku dugaan terutama yang membabitkan kesihatan dan terus sentiasa bersemangat dalam membantu diri mereka untuk kembali pulih seperti sedia kala kerana tiada perkara yang mustahil atas izinNya.

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top