| 14 Oktober 2022 | Jumaat | Pasir Gudang :

Hari ini, Yayasan Pasir Gudang bersama Encik Noor Azleen bin Ambros, Ahli Majlis MBPG Zon Cendana berkesempatan menziarahi 5 orang pesakit kronik di kawasan perumahan Blok Taman Cendana.

RUMAH PERTAMA

Dimulakan dengan melawat adik Nurul Safiya bin Sanapia di Blok 44, Taman Cendana yang baru berumur 1 tahun lebih diuji dengan ketiadaan saluran pemakanan sejak lahir lagi.

Adik Nurul telah menjalani pembedahan menebuk bahagian perutnya buat kali pertama semasa baru lahir pada 3 April 2021 dan pembedahan kali kedua pada bulan Mac 2022 di Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk memasukkan tiub saluran makanan di bahagian kiri perutnya.

Adik Nurul akan menjalani sekali lagi pembedahan apabila mencecah umur 3 tahun di HSA.

RUMAH KEDUA

Melawat Puan Salbuah binti Yatim di Blok 40, Taman Cendana yang telah menderita sakit strok sejak 5 tahun lalu pada bahagian sebelah badannya.

Beliau boleh berjalan seperti biasa, namun tidak dapat bertahan lama kerana tiada keupayaan dan tenaga untuk bergerak.

Disamping itu, menantu beliau iaitu Encik Mohamad Hanafi bin Abd Nadzir telah terlibat dengan kemalangan jalan raya ketika pulang berkerja di Highway Pasir Gudang pada 2 minggu yang lalu.

Hal ini mengakibatkan tulang belakang beliau menghadapi masalah dan kesakitan disebabkan kesan dari kemalangan tersebut sehingga menyebabkan tidak dapat berkerja seperti biasa buat masa sekarang.

RUMAH KETIGA

Berjumpa Puan Sharina binti Abdul Halil Lim di Blok 54, Taman Cendana yang menghidap sakit kornea mata, mempunyai parut dalam mata dan juga tahap penglihatan mata yang teruk.

Buat masa kini, beliau hanya melakukan rawatan susulan di Hospital Sultan Ismail (HSI) dan sebelum ini, beliau perlu mendapatkan rawatan di Klinik Pelangi namun tidak dapat dilakukan disebabkan mempunyai masalah kewangan.

RUMAH KEEMPAT

Bertemu Puan Siti Radiah binti Abd Rahman di Blok I, Taman Desa Rakyat Perdana yang mengalami kesukaran untuk berjalan tanpa mengetahui atas faktor yang terjadi selepas melahirkan anak.

Namun begitu, beliau pada masa kini dapat berjalan semula secara perlahan selepas sebulan menjalani rawatan fisioterapi di hospital.

Dari segi bantuan pula, syukur kerana penduduk setempat serta kakak ipar telah membantu serba sedikit keluarga beliau disebabkan suaminya hanya berkerja sambilan dan beliau yang tidak dapat berkerja.

RUMAH KELIMA

Diakhiri kunjungan ziarah di kediaman Encik Mohd Yusof bin Ithnain di Blok G, Taman Desa Rakyat Perdana yang mempunyai sakit kronik pada bahagian kaki.

Pada 2008, beliau telah terlibat dengan satu kemalangan jalan raya yang menyebabkan berlakunya jangkitan pada kakinya dan kesakitan tersebut dirasai sehingga kini.

Oleh sebab beliau menghadapi kesakitan yang agak teruk pada kaki beliau, beliau tidak dapat meneruskan berkerja dan kali terakhir diberhentikan kerja pada 7 Januari 2022.

Encik Noor Azleen bin Ambros di akhir kunjungan pada setiap kediaman yang diziarahi hari ini telah menghulurkan sumbangan wang ihsan pesakit kronik kepaa pesakit kronik yang terbabit.

Yayasan Pasir Gudang mendoakan agar kesihatan pesakit kronik yang dikunjungi bertambah baik, diberikan kesembuhan dan ketabahan dalam mengharungi ujian dan cabaran yang mereka hadapi terutama pada masa mendatang.

Turut serta adalah Encik Nooraizam bin Rowaji, Ahli Majlis MBPG (Interim), Zon Desa Rakyat Perdana.

Kepada individu, syarikat atau dermawan yang ingin menyalurkan sumbangan kepada Yayasan Pasir Gudang, boleh salurkan secara terus ke akaun rasmi Yayasan Pasir Gudang.

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top