PASIR GUDANG : Yayasan Pasir Gudang bersama YB Tuan Haji Baharudin bin Mohamed Taib, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas merangkap Pengerusi Yayasan Pasir Gudang telah berkesempatan menziarahi 2 orang pesakit kronik di kawasan Taman Flora Height.

Pesakit kronik : Pertama

Dimulakan dengan berjumpa Puan Nurul Atikah binti Sarmani (32 tahun) di Jalan Seroja 2, Taman Flora Height yang menderita sakit kencing manis kronik sejak tahun 2018 dan sakit tulang belakang (sejak tahun 2020).

Ketika bertemu beliau, beliau memberitahu bahawa pada 8 Oktober 2021, dirinya pernah menjalani pembedahan pembuangan tulang L2-L3, namun pembedahan tersebut terhenti pada separuh gerak kerja (pemasangan skru) kerana berlaku komplikasi dalaman semasa pembedahan sedang dilaksanakan. Hal ini mengakibatkan beliau mengalami koma selama 3 hari di hospital.

Pada bulan Mac 2022, keputusan MRI (Pengimejan resonans magnetik) membenarkan beliau untuk menjalani pembedahan untuk membuang tulang L3-S1, namun tidak dapat dilakukan kerana risiko yang tinggi dan masih lagi dalam keadaan yang trauma. Segala pembedahan yang dilakukan sebelum ini telah dilaksanakan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Kalsom, Kluang.

Buat masa kini, beliau hanya bergantung terhadap ubat tahan sakit dari pihak hospital dan bantuan kerusi roda untuk bergerak melakukan urusan harian seperti biasa.

Pesakit kronik : Kedua

Diakhiri di Rumah Pangsapuri, Blok 9, Taman Flora Height dengan bertemu Puan Normala binti Mohd Noor (55 tahun) yang menghidap sakit kencing manis yang kronik sejak tahun 2021.

Menurut info yang dikongsi oleh beliau, sakit kencing manis yang dialaminya itu mengakibatkan dirinya menghadapi masalah dan kesukaran dari segi pergerakan untuk melakukan aktiviti harian atau membantu suaminya berniaga (air kelapa dan buah-buahan).

Beliau juga memerlukan penggunaan bantuan kerusi roda sepenuhnya untuk bergerak dan kadangkala hanya mengesot untuk pergi ke kawasan ruangan bilik atau dapur sekiranya anak-anaknya belum pulang dari sesi persekolahan.

Di akhir kunjungan, YB Tuan Haji Baharudin bin Mohamed Taib berasa bahawa mereka ini perlu sentiasa diambil peduli dan dibantu agar nasib dan ujian yang mereka hadapi ini dapat diringankan dan dipikul bersama kerana kita semua hidup dalam satu komuniti yang majmuk dan saling membantu antara satu sama lain.

Oleh yang demikian, YB Tuan Haji Baharudin bin Mohamed Taibelah menghulurkan sumbangan wang ihsan pesakit kronik kepada setiap individu yang dilawati berserta bakul makanan Yayasan Pasir Gudang.

Semoga kesemua pesakit kronik yang dilawati hari ini sentiasa diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menjalani liku-liku dugaan terutama yang membabitkan kesihatan dan terus sentiasa bersemangat dalam membantu diri mereka untuk kembali pulih seperti sedia kala kerana tiada perkara yang mustahil atas izinNya.

Turut serta sepanjang sesi ziarah ini berlangsung adalah Encik Nooraizam bin Rowaji (Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Pasir Gudang).

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top