TEBRAU | 6 Julai 2023 : Yayasan Pasir Gudang bersama Encik Zainal Abidin bin Abu Bakar serta Puan Hasnina binti Aspari, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir Gudang telah selesai menziarai 2 orang pesakit kronik yang menetap di Taman Tg Puteri Resort dan Kg Pasir Putih.

Pesakit Kronik : Pertama

Dimulakan dengan melawat Puan Normira binti Amir (ibu tunggal) di Blok 8, Taman Tg Puteri Resort yang menghidap sakit slip disc Sciatica (tulang pinggang tersepit) sejak awal bulan Jun 2023.

Menurut beliau, sakitnya ini mengakibatkan dirinya mengalami kesakitan yang sangat teruk di bahagian pinggul sehingga ke kawasan betis kakinya. Hal ini memberi kesan terhadap pergerakan beliau dimana dirinya tidak mampu berjalan secara tegak dan laju.

Menurutnya lagi, Puan Normira akan berjumpa kembali doktor pakar pada 9 Julai 2023 untuk sesi rawatan dan kimoterapi selanjutnya. Buat masa kini, beliau berada dalam cuti sakit (kerja sebagai tukang cuci).

YB Tuan Haji Azizul bin Bachok, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tiram turut pernah memberikan sumbangan kepada Puan Normira.

Pesakit Kronik : Kedua

Ziarah terakhir diakhiri dengan bertemu adik Nur Aisyah Humairah binti Zulkarnaen (1 tahun) di Lot 2042, Jalan Kg Pasir Putih yang disahkan sejak lahir menghidap sakit di bahagian paru-paru (sukar bernafas) dan masalah di bahagian usus.

Menurut ibu kepada adik Aisyah iaitu Puan Dessy Rahmayani binti Suwarai, sejak lahir lagi, adik Aisyah mengalami kesukaran untuk bernafas terutama ketika tidur dan masalah utama di bahagian usus.

Menurutnya lagi, adik Aisyah sejak lahir telah ditahan di wad Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) Hospital Sultan Ismail (HSI) selama 5 bulan, sebelum di hantar ke Hospital Wanita dan Kanak-kanak di Kuala Lumpur selama 5 bulan.

Kini, adik Aisyah telah menerima rawatan susulan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan telah dibenarkan pulang pada awal bulan 6 2023 baru-baru ini.

Sepanjang tempoh rawatan, adik Aisyah terpaksa ditebuk di leher untuk membuat saluran pernafasan serta bahagian perutnya juga terpaksa menggunakan stoma bag selepas menjalani pembedahan usus.

Di akhir kunjungan, Puan Hasnina binti Aspari telah menghulurkan sumbangan wang ihsan pesakit kronik serta bakul makanan kepada setiap pesakit yang diziarahi.

Semoga Puan Normira serta adik Aisyah diberikan kesembuhan dan kesihatan yang baik serta digantikan dengan rezeki yang lebih baik pada masa akan datang atas asbab sakit dan ujian yang mereka alami.

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top