PASIR GUDANG | 14 Ogos 2023 : Yayasan Pasir Gudang bersama YB Tuan Haji Baharudin bin Mohamed Taib, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas merangkap Yayasan Pasir Gudang telah berkesempatan menziarahi 3 orang pesakit kronik di sekitar kawasan Bandar Seri Alam dan Taman Flora Height.

[ Pesakit kronik : Pertama ]

Dimulakan di Jalan Bayu 36, Bandar Seri Alam untuk bertemu Puan Siti Zainon binti Harun (54 tahun) yang terlantar sakit sejak bulan Jun 2022.

Mengikut info yang dikongsi oleh beliau, doktor mengesahkan bahawa dirinya mempunyai masalah sakit saraf, sakit tibi dan darah putih yang berlebihan yang mengakibatkan kekurangan darah dan alahan pada bahagian seluruh badan.

Sehingga kini, beliau sudah menjalani pembedahan sebanyak 2 kali bagi membuang nanah pada bahagian tulang peha disebabkan terlantar sakit dikawasan tersebut pada tempoh yang lama. Suami dan anak-anaknya akan membantu beliau dari segi urusan harian sebelum bergerak melakukan pekerjaan.

[ Pesakit kronik : Kedua ]

Diteruskan di Jalan Tasek 27, Bandar Seri Alam untuk berjumpa Encik K Vijayan A/L Karapan (68 tahun, Bapa tunggal) yang menderita sakit kencing manis sejak 3 tahun yang lepas.

Buat masa kini, beliau hanya menjalani rawatan dialisis di Klinik Wakaf An-Nur Pasir Gudang dan kos rawatan dialisisnya telah dibantu sebahagian oleh Persatuan Agama Budha dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Encik Vijayan juga memiliki seorang anak orang kurang upaya (OKU, Down Sindrom) yang tinggal bersama dan segala barang keperluan serta bil utiliti kediaman telah dibantu oleh anak-anaknya yang lain.

[ Pesakit kronik : Ketiga ]

Ziarah terakhir diakhiri di kediaman Encik Pavithran A/L Rajagobal (18 tahun) di Blok 9, Taman Flora Height yang mengalami kemalangan ketika berkerja pada 22 April 2023 disebabkan terlanggar tangga jejantas Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Penggawa Timur.

Ketika kejadian kemalangan tersebut, beliau telah dimasukkan ke wad Unit Rawatan Rapi (ICU) selama 10 hari sebelum dipindahkan ke wad ortopedik. Pada mulanya beliau telah menjalani pembedahan di bahagian perut terlebih dahulu sebelum diteruskan dengan pembedahan memasukkan plat besi di kakinya.

Pada bulan Mei 2023, sekali lagi beliau telah menjalani pembedahan memasukkan besi di bahagian tulang belakang disebabkan keretakan yang berlaku dikawasan tersebut. Sehingga kini, beliau masih terlantar di katil disebabkan terdapat pembekuan darah pada bahagian kaki dan telah dijaga sepenuhnya oleh ibunya iaitu Puan Awvyrani@Rani A/P Sengonden (64 tahun).

Beliau perlu hadir ke hospital sebanyak sebulan sekali untuk melakukan rawatan susulan dan perlu menyewa kenderaan ambulan disebabkan ketiadaan kenderaan pengangkutan sendiri.

Di akhir kunjungan, YB Tuan Haji Baharudin bin Mohamed Taib telah menghulurkan sumbangan wang ihsan pesakit kronik serta bakul makanan kepada setiap pesakit yang diziarahi.

Semoga kesemua pesakit yang diziarahi pada hari ini diberikan kesembuhan dan kesihatan yang baik serta digantikan dengan rezeki yang lebih baik pada masa akan datang atas asbab sakit dan ujian yang mereka alami.

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top
preloader