TEBRAU | 19 September 2023 : Yayasan Pasir Gudang bersama Tuan Haji Zuraimi bin Khamis dan Encik Zainal Abidin bin Abu Bakar (Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir Gudang) pada hari ini berkesempatan menziarahi 4 orang pesakit kronik dan satu mangsa kebakaran kediaman di sekitar Taman Kota Masai.

Pesakit Kronik : Pertama | Dimulakan di Jalan Pulasan 29, Taman Kota Masai untuk bertemu Encik Sahar bin Mohd Tap (61 tahun) yang menderita sakit kanser usus sejak 4 tahun yang lalu (2019) kerana disebabkan masalah kesukaran membuang air besar dan najis berdarah.

Sebelum ini, beliau pernah menjalani rawatan di Hospital Kuala Lumpur selama sebulan bagi rawatan radioterapi, namun sejak dari rawatan tersebut, kanser beliau semakin bertambah melarat sehingga ke lubang dubur yang menyebabkan beliau perlu menebuk kawasan perut dan memakai stoma bag.

Kini, dirinya sedang melakukan rawatan kimoterapi kali kedua dan dijangka akan melakukan pembedahan membuang sel kanser sekitar tahun ini mengikut keadaan kesihatan beliau dan kebenaran doktor.

Keadaan kesihatan beliau juga kini belum stabil, lemah dan perlu kerap ke bilik air bagi penukaran stoma bag.

Pesakit Kronik : Kedua | Seterusnya di Jalan Nenas 23, Taman Kota Masai untuk berjumpa adik Mohd Ariq Rayyan bin Abd Razak (5 Tahun) yang mempunyai sakit jantung berlubang sejak lahir.

Ketika bertemu adik Ariq, dirinya kelihatan begitu letih dan menurut bapanya iaitu Encik Abd Razak (Bapa Tunggal), anaknya itu perlu menjalani pemeriksaan setiap 6 bulan sekali di Hospital Sultanah Aminah (HSA).

Pada bulan September ini, adik Ariq perlu ke Institut Jantung Negara (IJN) bagi melakukan pembedahan memasukkan tiub ke jantungnya dan kos keseluruhan hampir mencecah sebanyak RM 10,000 ringgit.

Kini, Datuk, Pakcik dan Makciknya akan membantu Encik Abd Razak menguruskan anak-anak beliau sementara dirinya pergi ke IJN bersama adik Ariq nanti.

Pesakit Kronik : Ketiga | Dilanjutkan dengan Puan Suliah binti Aman (64 tahun) di Jalan Tembikai 15, Taman Kota Masai yang terlantar sakit disebabkan sakit saraf.

Menurut beliau, sebelum tahun 2021, dirinya masih boleh bangun, menguruskan diri dan bergerak menggunakan kerusi roda, namun sejak tahun 2021, kesihatan beliau semakin merosot yang menyebabkan saraf di bahagian anggota tubuh badan dari lutut sehingga ke bahagian yang lain mengalami masalah.

Walaupun keadaan kini Puan Saliah sakit terlantar, namun anggota badan beliau masih tidak kaku tetapi sendi akan merasa kesakitan apabila digerakkan.

Beliau kini hanya bergantung terhadap rawatan urutan, berbekam dan rawatan di Klinik Kesihatan berdekatan.

Pesakit Kronik : Keempat | Diakhiri sesi ziarah pada kali ini di Jalan Dukong 5, Taman Kota Masai iaitu Encik kamarudin bin Buang (61 tahun) yang menghidap masalah jantung berlubang sejak bulan Ogos 2023 baru-baru ini.

Menurut beliau, sakit jantung tersumbatnya dapat dikesan apabila beliau menghadapu sesak nafas dan dada yang sakit ketika berada di kampung halaman sebelum bergegas dibawa ke Hospitak Pontian bagi pemeriksaan kesihatan sebelum dipindahkan ke HSA untuk rawatan lanjutan.

Ketika bertemu Encik Kamarudin, keadaan kesihatan beliau masih kurang stabil, dada terasa berat, mudah mengalami sakit kepala dan cepat letih menurut info yang dikongsi olehnya.

Beliau juga sebelum ini mempunyai sejarah penyakit darah tinggi dan gastrik.

Di akhir kunjungan, Tuan Haji Zuraimi bin Khamis telah menghulurkan sumbangan wang ihsan pesakit kronik dan bakul makanan kepada setiap pesakit yang diziarahi.

Semoga kesemua pesakit yang diziarahi pada hari ini diberikan kesembuhan dan kesihatan yang baik serta digantikan dengan rezeki yang lebih baik pada masa akan datang atas asbab sakit dan ujian yang mereka alami.

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top