ZIARAH PRIHATIN YAYASAN PASIR GUDANG

PASIR GUDANG : Yayasan Pasir Gudang juga berkesempatan menziarahi 3 orang pesakit kronik di sekitar kawasan Rumah Pangsa Jalan Tasek 64, Bandar Seri Alam.

RUMAH PERTAMA

Dimulakan dengan Encik Lau Siong Heu di Blok F, Jalan Tasek 64, Bandar Seri Alam yang mengalami kemalangan jalan raya pada bulan Jun 2022 dan telah mengakibatkan kaki kanan beliau patah.

Buat masa kini, beliau hanya melakukan rawatan cuci luka kakinya itu secara sendiri yang dibantu oleh Isterinya iaitu Puan Tan Yek Ley serta rawatan fisioterapi di Hospital pada setiap minggu.

RUMAH KEDUA

Diteruskan dengan melawat Encik Siffurijal bin Kasim di Blok H, Jalan Tasek 64, Bandar Seri Alam yang mengalami permasalahan dari segi kesukaran dalam membuang air kecil sejak bulan Ogos 2022.

Beliau sering kali akan merasai kesakitan di saat ingin membuang air kecil dan telah mendapatkan pemeriksaan kesihatan di Hospital dan juga rawatan secara tradisional. Buat masa kini beliau tidak mengalami sebarang kesulitan untuk berkerja (pemandu lori).

RUMAH KETIGA

Pesakit kronik yang terakhir bertemu dengan Encik Mohd Zaki bin Awang di Blok T, Jalan Tasek 64, Bandar Seri Alam. Beliau merupakan pesakit kronik yang mengalami kerosakan kedua-dua buah pinggang sejak bulan September 2022.

Kesihatan beliau mula mengalami kemerosotan hari demi hari dan hal ini menyebabkan beliau tidak dapat berkerja untuk menyara keluarganya. 15 September 2022 merupakan hari terakhir beliau berkerja sebagai pengawal keselamatan atas faktor kesihatan sebelum dimasukkan ke hospital.

Buat masa kini, beliau merupakan penerima bantuan daripada Baitulmal MAIJ dari segi kos rawatan dialisis mingguannya, namun tidak secara keseluruhan.

Di akhir kunjungan, Encik Guru Naidu A/L Subramaniam, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir Gudang telah menghulurkan sumbangan wang ihsan pesakit kronik Yayasan Pasir Gudang kepada kesemua pesakit kronik yang terlibat agar dapat membantu meringankan beban kos rawatan harian mereka.

Yayasan Pasir Gudang juga mendoakan agar kesemua pesakit kronik yang diziarahi diberikan kesembuhan yang segera, kekuatan semangat, ketabahan dan kecekalan hati dalam menempuh kepelbagaian dugaan pada masa mendatang.

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top