ZIARAH PRIHATIN YAYASAN PASIR GUDANG

PASIR GUDANG : Yayasan Pasir Gudang bersama Dato’ Haji Mohd Amin bin Ahmad, Ketua WHIP MBPG berpeluang menziarahi 2 orang pesakit kronik yang tinggal di sekitar kawasan perumahan Taman Mawar.

PESAKIT KRONIK PERTAMA

Dimulakan dengan berkunjung ke kediaman Encik Muhammad Syafiee bin Rooslan (31 tahun) di Jalan Mawar 16, Taman Mawar yang telah diuji dengan sakit kanser Neuroendocrine (sel) pada bahagian hati semenjak bulan Mac 2022.

Beliau sebelum ini berkerja di Singapura pada bahagian sektor perkilangan sebelum dicutikan kerja (gaji separuh) sejak dari bulan Julai 2022 sehingga kini atas faktor kesihatan, saranan dan nasihat daripada doktor pakar.

Sepanjang tempoh beliau disahkan menghidap penyakit kronik tersebut, dirinya telah melakukan rawatan di Hospital Pakar KPJ Pasir Gudang dan kos keseluruhan sekali rawatan menelan hampir RM 14,000.00. Syukur kerana telah dibayar menerusi insuran kesihatan peribadi.

Namun begitu, beliau akan beralih rawatan seterusnya ke hospital kerajaan disebabkan kos perubatan yang terlalu tinggi.

PESAKIT KRONIK KEDUA

Diakhiri dengan melawat Puan Rapieh binti Sulaiman di Jalan Mawar 26, Taman Mawar yang telah diuji dengan serangan sakit angin ahmar sejak 19 Ogos 2022.

Sebelum ini beliau mengalami kesukaran untuk bergerak dan melakukan rutin harian seperti biasa, namun syukur keadaan terkini beliau telah menunjukkan petanda positif apabila dirinya sudah mampu berjalan tetapi perlu dibantu oleh suaminya iaitu Encik Ahmad bin Sugiman.

Buat masa kini, doktor pakar hanya memberikan ubat darah tinggi dan beliau juga turut melakukan rawatan sampingan seperti rawatan tradisional sebagai alternatif.

Alhamdulillah, beliau sebelum ini juga turut menerima sumbangan katil pesakit atas sumbangan dari penduduk komuniti Taman Mawar.

Di akhir sesi ziarah, Dato’ Haji Mohd Amin bin Ahmad berkesempatan menghulurkan sumbangan wang ihsan pesakit kronik kepada penerima yang terlibat.

Turut serta adalah Tuan Haji Mohd Hashim bin Marsidi, Pengerusi Rukun Tetangga KRT Fasa 1 dan Persatuan Penduduk Fasa 1 Taman Mawar

Yayasan Pasir Gudang berharap dan mendoakan agar pesakit kronik yang dikunjungi diberikan ketabahan dan kekuatan hati serta kesembuhan dari penyakit kronik agar dapat meneruskan kehidupan pada masa mendatang dengan penuh kegembiraan.

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top