| 25 November 2021 | Khamis |

PASIR GUDANG : 3 buah keluarga di sekitar kawasan Taman Mawar dan Zon Sungai Tiram telah diziarahi oleh Yayasan Pasir Gudang.

| Keluarga Pertama |

Bersama- sama Haji Hashim Marsidi, Wakil Ahli Majlis Zon Mawar bertemy dengan Encik Shahriman Bin Jamal di Taman Mawar yang telah diserang sakit strok sejak 2 minggu yang lalu di kediaman beliau.

Serangan strok yang dialaminya mengakibatkan beliau sakit terlantar dan tidak mampu berdiri. Beliau juga telah mengalami kerosakan saraf imbang badan di sebelah kiri kepalanya.

Dari segi makan dan minum, beliau tidak boleh menelan makanan yang berbentuk pepejal dan hanya boleh minum minuman susu nutrisi khas (glucerna) untuk badannya.

Kini, alatan bantuan seperti mesin sedut kahak, lampin pakai buang dewasa dan kerusi roda digunakan untuk membantu beliau menguruskan rutin harian.

| Keluarga Kedua |

Melawat Encik Safarol Bin Musa di Batu 18, Sungai Tiram yang menghidap kencing manis kronik sejak awal bulan Julai 2021.

Sakitnya itu menyebabkan beliau telah menjalani pembedahan buang daging dan kaki sebelah kanannya terpaksa dipotong.

Bantuan dan sumbangan daripada adik beradik, jiran tetangga dan i-Sinar miliknya telah digunakan untuk menampung kos rawatan.

| Keluarga Ketiga |

Berjumpa Encik Ashair Bin Bakar di Kg Air Putih, Sungai Tiram yang disahkan sejak 6 bulan lalu menghidap sakit buah pinggang.

Sakit buah pinggangnya berpunca dari penyakit kencing manisnya sejak 10 tahun lalu dan 3 jari kakinya terpaksa dibuang.

Beliau memerlukan rawatan dialisis sebanyak 3 kali seminggu di Hospital Sultanah Ismail, HSI dan rawatan susulan di Hospital Kota Tinggi.

Beliau kini bergantung sepenuhnya bantuan kerusi roda dan lampin pakai buang dewasa untuk melakukan rutin harian.

Turut hadir menyampaikan sumbangan ihsan pesakit kronik kepada keluarga yang diziarahi hari ini adalah Encik Fauzi Bin Faizal, Ahli Majlis MBPG (Zon Sungai Tiram).

SEDUTAN ziarah prihatin ypg

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top