| 13 Januari 2021 | Khamis |

PASIR GUDANG : 2 pesakit kronik yang tinggal di kawasan Taman Rinting dan Bandar Seri Alam telah menerima kunjungan daripada Yayasan Pasir Gudang.

(Pesakit kronik : pertama)

Di Flat Balau, Taman Rinting bertemu adik Faris Bin Mohamad Wadi yang mempunyai masalah selaput mata di kedua-dua belah mata.

Sejak umur 17 hari lagi, selaput mata sudah kelihatan di mata adik Faris. Kesannya menyebabkan mata adik Faris mengecil dan tiada tindak balas diberikan terutama di bahagian mata sebelah kanan.

Manakala mata di sebelah kiri kabur. Pada 8 Januari 2021, adik Faris telah menjalani pembedahan pertama pada sebelah mata kanannya.

Namun, pembedahan untuk sebelah mata kiri yang sepatutnya dijalankan pada 7 Februari 2022 terpaksa ditangguhkan atas faktor kekurangan kewangan untuk menampung kos pembedahan.

(Pesakit kronik : kedua)

Di Jalan Tasek 64, Bandar Seri Alam berjumpa Encik Abu Bakar Bin Dollah yang terkena serangan strok sebelah kanan pada 28 Jun 2021.

Ketika kejadian tersebut, beliau telah diserang sakit strok semasa perjalanan pulang bersama isteri menaiki kenderaan motor.

Seminggu sebelum sakit strok menimpanya, beliau telah di tahan di hospital selama 2 minggu disebabkan terkena jangkitan positif Covid-19 pada 31 Mei 2021.

Kini, beliau boleh berjalan seperti biasa, tetapi selalu terjatuh disebabkan badan masih tidak kuat.

Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir Gudang, Encik Guru Naidu A/L Subramaniam telah menyalurkan sumbangan wang ihsan pesakit kronik kepada kedua-dua pesakit kronik yang diziarahi hari ini.

SEDUTAN ZIARAH PRIHATIN : 13 JANUARI 2022

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top