30 Disember 2021 | Khamis |

PASIR GUDANG : Yayasan Pasir Gudang juga berkesempatan menziarahi 2 buah keluarga pesakit di sekitar kawasan Taman Air Biru.

( Keluarga Pertama )

Bertemu Puan Naiwayati Binti Harbal di Blok 56, Taman Air Biru. Beliau telah lama mengalami lumpuh separuh badan akibat kemalangan sejak tahun 2012.

Disebabkan keadaan faktor fizikal yang serba kekurangan, beliau memerlukan pembinaan laluan kerusi roda (RAMP) di kawasan perumahannya bagi memudahkan beliau turun dan naik di kawasan tangga. Namun, ia perlu mendapatkan kelulusan dari Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) bagi pembinaan laluan tersebut.

Bagi memudahkan urusan beliau, Yayasan Pasir Gudang telah hadir untuk menghulurkan sumbangan kepada beliau bagi memudahkan pembinaan laluan tersebut.

Beliau juga merupakan penerima bantuan dari JKM dan pencen ilat.

( Keluarga Kedua )

Berjumpa Adik Muhammad Ashraff Bin Ramlee di Lorong 17, Jalan 9/7, Taman Air Biru yang menghidap masalah orang kurang upaya (OKU) dari segi pembelajaran dan fizikal sejak lahir.

Adik Ashraff hanya boleh minum minuman nestum khas Cerelax sahaja sebagai sumber nutrisi hariannya.

Dari segi urusan diri, adik Ashraff boleh melakukan secara sendiri namun perlu dijaga dan dipantau selalu.

Sumbangan wang ihsan pesakit kronik Yayasan Pasir Gudang telah disampaikan oleh Encik Noor Azleen Bin Ambros, Ahli Majlis MBPG.

SEDUTAN ZIARAH PRIHATIN : 29 DISEMBER 2021

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top