| 23 Julai 2022 | Sabtu | PASIR GUDANG :

Yayasan Pasir Gudang bersama Encik Noor Azleen bin Ambros serta Encik Inderaputra bin Haji Ibrahim, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir Gudang berkesempatan mengunjungi 4 buah kediaman pesakit kronik yang bertempat di sekitar kawasan Taman Scientex, Nusa Damai dan Taman Cendana.

| Pesakit kronik : Pertama|

Telah dimulakan di Blok A, Jalan Pelanduk, Taman Scientex bertemu Encik Ibrahim bin Idris yang telah lama menderita sakit kencing manis kronik sejak 3 tahun yang lalu (2019).

Beliau pada bulan Mei 2021 telah mengalami mata kabur pada kedua-dua belah matanya sehingga dirinya tidak mampu lagi untuk melihat keadaan sekeliling dengan jelas ekoran sakit kronik yang dialaminya.

Beliau ingin melakukan pembedahan mata, namun doktor pakar terpaksa menangguhkan sementara akibat kandungan gula dalam darah beliau terlalu rendah dan tekanan darah tidak stabil.

Turut hadir adalah Puan Hajah Haryati binti Ismail, Ahli Majlis MBPG (Zon Scientex 1).

| Pesakit kronik : Kedua|

Diteruskan sesi ziarah di Jalan Sentosa 24, Taman Nusa Damai berjuma dengan adik Nur Ikhwan Syah bin Abdul Hakim yang berusia 19 tahun yang disahkan menghidap kanser darah pada bulan Disember 2021.

Hal ini mengakibatkan beliau sering mengalami pucat dan lemah pada anggota badan beliau disebabkan kandungan darah yang rendah. Buat masa kini, beliau hanya diberikan ubat serta melakukan rawatan kimoterapi di Hospital Sultanah Aminah, HSA.

Manakala rawatan susulan pula, doktor pakar dari HSA telah mengambil air tulang sum-sum dari tubuhnya untuk merawat kanser dan kerap beberapa kali menambah darah ke dalam tubuhnya.

| Pesakit kronik : Ketiga|

Seterusnya bertemu ibu tunggal iaitu Puan Annapurani A/P Doraisamy yang tinggal di Blok 52, Taman Cendana yang menghidap sakit kencing manis kronik dan pernah melakukan pembedahan tyroid.

Disebabkan beliau merupakan ibu tunggal dan anak beliau Puan Sarasvathi A/P Krishnan telah membantu dari segi rawatan Dialisis, beliau memerlukan bantuan tambahan untuk pembelian alatan strip ujian kencing manis yang menelan kos RM 50 sekotak untuk digunakan selama 20 hari.

Syukur kerana beliau merupakan penerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, JKM secara bulanan dan bantuan tersebut dapat digunakan serba sedikit untuk menampung kos rawatan Dialisis beliau.

| Pesakit kronik : Keempat|

Kediaman terakhir bagi sesi ziarah kali ini diakhiri dengan berjumpa ibu tunggal iaitu Puan Zaidah binti Zainal Abidin yang telah menderita sakit kanser serviks bermula pada tahun 2019.

Namun begitu, beliau diuji sekali lagi apabila doktor pakar mengesahkan beliau menghidap kanser paru-paru tahap 4 pada bulan Mac 2022. Beliau akan menjalan rawatan kimoterapi sebulan sekali di Hospital Sultan Ismail, HSI.

Sebelum ini beliau menetap di kawasan Kempas, sebelum berpindah untuk menetap bersama adiknya iaitu Daliana Idora pada bulan April 2022 di Taman Cendana. Beliau pada masa kini lebih mudah mengalami kepenatan, lemah tubuh badan dan kurang selera makan.

Encik Noor Azleen bin Ambros bersama Puan Hajah Haryati binti Ismail telah berkesempatan juga menghulurkan sumbangan bantuan wang ihsan pesakit kronik kepada setiap mereka yang diziarahi pada hari ini.

Semoga semua pesakit kronik yang terlibat diberikan kesembuhan kesihatan dan kekuatan untuk menempuh ujian dan dugaan yang mereka alami ini dengan penuh kesabaran dan kecekalan.

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top