Ziarah Prihatin YPG

TEBRAU : Pada 29 September 2022 (khamis), Yayasan Pasir Gudang bersama Encik Sabri bin Kadir, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir Gudang berkesempatan mengunjungi 3 orang pesakit kronik yang menetap di sekitar Kampung Air Putih, Kampung Sungai Tiram dan Kampung Mulia Tiram.

| Pesakit Kronik : Pertama |

Dimulai dengan Puan Hamidah binti Tek di Kampung Air Putih, Sg Tiram yang menghidap penyakit sakit saraf sejak tahun 2021 di bahagian pinggang sehingga ke bahagian kaki beliau.

Beliau telah menjalani 3 kali pembedahan di bahagian perut, kaki dan tangannya. Oleh demikian, beliau perlu menggunakan bantuan tongkat dan kerusi roda sepenuhnya untuk bergerak.

Disamping itu, dirinya juga mempunyai penyakit kencing manis, darah tinggi, asma dan kolestrol yang tinggi.

| Pesakit Kronik : Kedua |

Diteruskan dengan bertemu Encik Ahmad Arif bin Zainal, pesakit kronik buah pinggang di Jalan Ahmad yusof, Kampung Sungai Tiram.

Beliau telah menjalani rawatan dialisis di Pusat Dialisis Cemerlang, Austin dan syukur kerana pihak Baitulmal, MAIJ telah membantu membayarkan tapak dialisis.

Sebelum ini beliau berkerja sebagai pemandu lori, namun terpaksa berhenti bekerja selepas disahkan mengalami kegagalan buah pinggang pada bulan Jun 2022.

Alhamdulillah beliau merupakan penerima bantuan bulanan pencen ilat serta pihak SOCSO dan Baitulmal telah membantu membayarkan separuh kos rawatan dialisis beliau.

| Pesakit Kronik : Ketiga |

Ziarah terakhir berjumpa dengan Puan Norhaiza binti Masrom di Jalan Haji Kathari, Kampung Mulia Tiram.

Beliau merupakan pesakit asthma kronik yang sentiasa memerlukan bantuan sepenuhnya mesin oksigen disebabkan darah beliau kekurangan oksigen.

Sebelum ini beliau masih berkerja, namun terpaksa berhenti sejak tahun lalu atas faktor kesihatan beliau yang semakin membimbangkan.

Syukur kerana beliau telah menerima bantuan wakaf katil pesakit bagi mengurangkan sedikit beban yang dialaminya.

Sumbangan wang ihsan pesakit kronik telah disampaikan oleh Encik Sabri bin Kadir kepada setiap pesakit kronik yang diziarahi.

Semoga mereka semua diberikan kesembuhan dan ketabahan dalam mengharungi ujian yang mereka hadapi dengan penuh kesabaran dan kecekalan.

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top