PASIR GUDANG : Pada 30 September 2022 (Jumaat), Yayasan Pasir Gudang bersama Encik Madyasir bin Ahmad Basir, Ahli Majlis MBPG telah berkunjung ke kediaman Encik Faizul Hafiz bin Hashim di Jalan 10/7, Perjiranan 10, Taman Air Biru.

Encik Faizul merupakan pesakit kronik yang telah lama menghidap penyakit kencing manis dan diabetes. Namun begitu pada bulan Mei 2022, kesihatan beliau semakin merosot dan teruk sehinggakan berlaku pendarahan pada mata yang menyebabkan penglihatannya terganggu dan kabur.

Beliau telah melakukan pembedahan pertama yang melibatkan laser dan suntikan pada matanya di hospital pakar pada awal bulan September 2022 dan akan melakukan 2 kali lagi pembedahan pada masa akan datang.

Di akhir kunjungan, Encik Madyasir bin Ahmad Basir berkesempatan menghulurkan sumbangan wang ihsan pesakit kronik kepada Encik Faizul bagi mengurangkan sedikit sebanyak beban yang dipikul dalam merawat penyakit yang dialaminya.

Yayasan Pasir Gudang juga mendoakan agar kesihatan Encik Faizul semakin bertambah baik serta sentiasa diberikan kekuatan dan ketabahan dalam mengharungi kehidupan pada masa mendatang.

Turut serta dalam sesi ziarah ini adalah Encik Indraputra bin Haji Ibrahim, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir Gudang merangkap Ketua Kampung Baru Masai.

Kepada individu, syarikat atau dermawan yang ingin menyalurkan sumbangan kepada Yayasan Pasir Gudang, boleh salurkan secara terus ke akaun rasmi Yayasan Pasir Gudang.

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top