PASIR GUDANG : Sempena meraikan kepelbagaian kaum, bangsa dan sambutan perayaan di Malaysia khususnya perayaan Tahun Baru Cina yang telah disambut pada 22 Januari 2023 yang lalu, YB Tuan Haji Baharudin bin Mohamed Taib, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas merangkap Pengerusi Yayasan Pasir Gudang telah meluangkan masa beliau menziarahi 2 buah keluarga masyarakat Tiong Hua yang bertempat di sekitar kawasan perumahan Taman Rinting.

2 buah keluarga tersebut adalah keluarga Puan Lim Mok Yee (Ibu Tunggal) di Rumah Pangsa Balau, Blok H, Taman Rinting dan keluarga Encik Yow Low (Bapa Tunggal) di Jalan Cendana 6, Taman Rinting.

Sepanjang sesi ziarah berlangsung, YB Tuan Haji Baharudin bin Mohamed Taib telah bertegur sapa dan bertanya khabar tentang keadaan semasa dan bagaimana suasana sambutan perayaan Tahun Baru Cina yang telah mereka lalui bersama keluarga dan saudara mara yang tersayang.

Mereka bersyukur kerana pihak Yayasan Pasir Gudang sudi berkunjung ke kediaman mereka bagi bersama-sama meraikan dan mengenal erti sambutan perayaan Tahun Baru Cina bersama saudara berbilang kaum.

Tujuan lain sesi ziarah ini diadakan adalah bagi mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan, sikap toleransi dan berkasih sayang diantara masyarakat majmuk yang telah lama wujud sekian lama. Hal ini bukan sahaja dapat mengukuhkan perpaduan dikalangan rakyat bahkan mampu menjadikan negara Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang harmoni dengan kepelbagaian agama, bangsa dan kaum.

Turut serta menyertai ziarah sambutan perayaan Tahun Baru Cina adalah Encik Yong Kok Leong, Encik Guru Naidu A/L Subramaniam dan Puan Shahriah binti Ismail, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir Gudang.

Info mengenai Yayasan Pasir Gudang, boleh layari ke :
https://yayasanpasirgudang.org.my/

#YPGPrihatin
#YayasanPasirGudang
#TahunBaruCina2023

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top