[ 18 Julai 2021, Ahad ] Lawatan ziarah Yayasan Pasir Gudang untuk 2 buah keluarga di Bandar Seri Alam dan Taman Flora Height kali ini telah diketuai oleh Encik Guru Naidu A/L Subramaniam, ALPA YPG.

Keluarga Pertama

Berjumpa dengan seorang mualaf yang bernama Encik Mohd Faizal Raj Bin Abdullah di Bandar Seri Alam. Encik Faizal merupakan pesakit kanser usus tahap 2 sejak bulan Julai 2 tahun lalu.

Pada tahun 2019, beliau telah menjalani pembedahan pertama membuang kanser usus pada bulan September tetapi selepas 3 hari pembedahan tersebut, perut beliau mengalami masalah dan telah melakukan pembedahan semula kali kedua.

Pada pembedahan kedua tersebut, doktor pakar telah memasang beg stoma pada perutnya untuk pengumpulan najis. Beliau akan menukar beg stomanya setiap 3 kali sehari secara sendiri di rumahnya.

Setiap bulan, beliau akan melakukan rawatan kesihatan di Hospital Sultanah Aminah, HSA namun rawatan kimoterapi tidak dapat dijalankan kerana faktor kesihatan.

Kini, beliau bergantung kepada minuman susu (Nutrien Optimum) sebagai sumber makanan setiap hari. Beliau juga penerima bantuan JKM dan Baitulmal MAIJ setiap bulan.

Kedatangan Yayasan Pasir Gudang hari ini untuk menghulurkan sumbangan wang ihsan pesakit kronik bagi tujuan perubatan dan minuman susu untuk Encik Faizal.

Keluarga Kedua

Bertemu dengan Encik Mohamad Rostam Bin Abdullah di Taman Flora Height. Encik Rostam ditimpa musibah kemalangan jalanraya pada bulan Jun tahun 2019. Beliau telah mengalami kemalangan dengan lori ketika pulang dari rumah.

Kemalangan ini mengakibatkan darah beku di bahagian dalam kepala kerana hentakan yang diterimanya ketika kemalangan. Beliau telah menjalani pembedahan pada bulan Jun 2019. Selepas selesai pembedahan, Encik Rostam mengalami masalah ingatan dan tidak boleh bercakap kerana pemakaian tiub di lehernya.

Kehidupan seharian beliau berjalan seperti biasa namun beliau tidak dapat bekerja disebabkan ingatannya yang belum pulih. Kini, beliau sekeluarga menumpang di rumah ibunya di Taman Flora Height dan bergantung kepada duit simpanan i-Sinar sahaja. Isterinya iaitu Nurhidayah Binti Abdul Rahim merupakan seorang kurang upaya fizikal dan merupakan penerima bantuan JKM.

Yayasan Pasir Gudang berkesempatan menghulurkan sumbangan wang ihsan pesakit kronik kepada Encik Rostam dan lampin kanak-kanak bagi kegunaan anaknya.

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top