[ 21 Julai 2021, Rabu ] Sebentar tadi, bersama Yayasan Pasir Gudang menziarahi 3 buah keluarga di Taman Scientex ialah Saudara Noor Azleen Bin Ambros, Ahli Majlis MBPG, Zon Scientex 2.

Keluarga Pertama

Dimulai dengan Puan Norlinda Binti Jamaludin. Puan Norlinda merupakan pesakit buah pinggang dan kencing manis.

Ibu jari kakinya terpaksa di potong dan kedua-dua penglihatan beliau juga terjejas dan semakin teruk kerana sakit kencing manisnya yang kronik. Sebelum ini beliau ingin melakukan pembedahan pada matanya, tetapi terpaksa ditangguhkan kerana kos pembedahan yang terlalu mahal.

Bagi urusan diri pula, beliau menggunakan lampin pakai buang dewasa dan minuman susu khas sebagai sumber nutrisi. Beliau juga tidak boleh berjalan dan bergantung kepada penggunaan kerusi roda sepenuhnya sejak bulan Julai 2019.

Alhamdulillah, beliau merupakan penerima bantuan daripada JKM, Baitulmal MAIJ dan PERKESO. PERKESO dan Baitulmal akan membantu beliau dari segi kos rawatan dialisis.

Sumbangan wang ihsan pesakit kronik dan lampin pakai buang dewasa telah disalurkan oleh Yayasan Pasir Gudang kepada Puan Norlinda

Keluarga Kedua

Diteruskan dengan Puan Norfaizal@Norpaizan Binti Lokman. Puan Norfaizal merupakan ibu tunggal yang sangat tabah dalam membesarkan kesemua 6 orang anaknya.

Setakat ini, sumber pendapatan utama beliau bergantung kepada pekerjaan sambilan dalam perniagaan produk kecantikan atas talian dan wang simpanannya. Sebelum Perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu dilaksanakan, perniagaan beliau tidak mempunyai masalah, namun selepas PKP dijalankan, perniagaannya semakin merosot kerana sukar untuk mendapatkan pelanggan.

2 tahun lalu, beliau pernah bekerja secara kontrak di kilang Johor Port tetapi terpaksa berhenti bekerja kerana tidak mampu untuk membayar yuran van sekolah untuk kesemua anaknya yang bersekolah.

Beliau bersyukur kerana menjadi penerima bantuan JKM. Yayasan Pasir Gudang menghulurkan sumbangan wang tunai dan barang keperluan kepada Puan Norfaizal.

Keluarga Ketiga

Bertemu dengan Encik Pathmanathan A/L Ayyathurai. Encik Pathmanathan merupakan pesakit buah pinggang dan isterinya, Kanyambigai A/P Perumal merupakan OKU penglihatan. Beliau sering menjalani rawatan dialisis di Pusat Dialisis Pelangi.

Disebabkan sakit yang dialaminya, beliau tidak dapat bekerja dan mengakibatkan bayaran rumah, kereta, bil elektrik, air dan cukai tertunggak. Kos rawatan dialisisnya telah dibantu oleh SOCSO dengan membayarkan separuh harga, namun selebihnya perlu dibayar oleh beliau.

Beliau juga merupakan penerima bantuan JKM dan Food Aid Programme MyKasih YPG. Yayasan Pasir Gudang telah menghulurkan bantuan wang tunai dan barangan keperluan kepada Encik Pathmanathan.

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top