[ 4 Julai 2021, Ahad ] 2 buah keluarga di Kg Pasir Putih telah selesai dikunjungi oleh Yayasan Pasir Gudang yang diketuai oleh Tuan Haji Herman Irmadi Bin Ismail, ALPA YPG. Turut bersama adalah Encik Mohd Rahim Bin Amatermin & Haji Azizul Bin Bachok, Ahli Majlis MBPG.

Keluarga Pertama

Bertemu dengan Encik Adzira Bin Ab Kadir. Beliau mempunyai masalah jantung berlubang semenjak tahun lalu. Masalah utama jantungnya berpunca daripada sakit buah pinggang beliau. Sakitnya itu menyebabkan beliau tidak boleh melakukan kerja yang berat dan mengganggu penglihatan matanya menjadikan mata beliau kurang jelas dan kabur. Beliau tidak bekerja sejak tahun lalu kerana keadaan sakitnya itu dan telah menumpang di rumah anak saudaranya.

Beliau telah melakukan rawatan dialisis sejak bulan Disember tahun lalu. Setiap kali rawatan dialisis, RM 200 perlu dibayar oleh beliau dan alhamdulillah, SOCSO telah membantu membayarkan RM 150 dan bakinya perlu diselesaikan oleh beliau. Sebelum ini juga, PERKESO juga membantu beliau dengan membayarkan kos pembuatan tapak dialisis. Buat masa ini, anak saudara membantu menghantarnya untuk melakukan rawatan dialisis di Taman Masai Utama.

Yayasan Pasir Gudang menghulurkan sumbangan wang ihsan pesakit kronik kepada Encik Adzira.

Keluarga Kedua

Keluarga terakhir bertemu dengan Encik Mohd Arif yang merupakan seorang mualaf.

Beliau telah hanya bergantung kerja sebagai pengawal keselamatan dengan gaji harian. Perlaksanaan PKP ini telah menjejaskan pekerjaan beliau. Beliau sekeluarga amat memerlukan bantuan makanan, lampin bayi dan susu kanak-kanak disebabkan beliau tidak mempunyai wang perbelanjaan.

Yayasan Pasir Gudang mendengar keluhan dan telah menyumbang bantuan wang tunai, bakul makanan dan lampin bayi pakai buang kepada Encik Arif sekeluarga.

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top