[ 4 Ogos 2021, Rabu ] Pagi ini, Yayasan Pasir Gudang bersama Saudara Nazri Bin Tangis, ALPA YPG dan Saudara Khairul Azlan Sulong, NKP PPU Bahagian PG menziarahi Saudara Ahmad Bin Kamaruddin di Kampung Kuala Masai bagi menyampaikan katil hospital.
Saudara Ahmad, 30 merupakan pesakit yang menghidapi kuman dalam darah sejak 7 April lalu. Ini membuat badan beliau menyusut kurus.
Pada bulan Julai lalu, beliau telah ditahan di Hospital Sultan Ismail (HSI) selama 21 hari kerana demam panas yang berpanjangan. Buat masa ini, beliau dibenarkan pulang dan perlu mengikuti rawatan susulan selanjutnya yang ditetapkan.
Pergerakan beliau yang perlu dipapah kerana menghadapi kesukaran untuk berjalan dan kadangkala menggunakan kerusi roda untuk bergerak.
Saudara Ahmad berhasrat untuk memiliki katil hospital bagi memudahkan dan Alhamdulillah, hari ini, Yayasan Pasir Gudang datang menyampaikan sumbangan katil


