[ 6 Julai 2021, Selasa ] 3 buah keluarga di Taman Mawar dan Taman Desa Rakyat Perdana telah selesai menerima kunjungan ziarah daripada Yayasan Pasir Gudang yang dipimpin oleh Encik Yong Kok Leong, ALPA YPG.

Keluarga pertama

Berkunjung ke rumah Encik Jamaludin Bin Razif di Taman Mawar yang merupakan pesakit kanser usus.

Kanser ususnya bermula pada tahun 2018 selepas hasil pemeriksaan Doktor di Hospital Sultanah Aminah, HSA. Kanser usus tahap 2 telah dikenal pasti dan beliau telah menjalani pembedahan pemotongan usus pada tahun tersebut di HSA. Rawatan pembedahan tersebut telah berjaya menyembuhkan kanser ususnya.

Pada awal bulan ramadhan tahun ini, beliau diuji sekali lagi dengan kanser usus dan kali ini kansernya itu berada pada tahap 4 dan telah merebak ke bahagian perut, dan hati menyebabkan pankreas mengeras. Keadaan ini mengakibatkan badannya tidak dapat menerima makanan dan bergantung sepenuhnya terhadap minuman susu melalui tiub.

Beliau akan melakukan rawatan kimoterapi di HSI. Di samping itu, isterinya iaitu Puan Razibah juga mempunyai sakit jantung, darah tinggi, kencing manis dan masalah di bahagian lutut. Isterinya boleh berjalan tetapi tidak kuat.

Anak sulungnya telah berhenti berkerja kerana ingin memberi tumpuan penjagaan kesihatan sepenuhnya terhadap ibu dan ayahnya.

Sumbangan bakul makanan dan wang tunai telah disalurkan oleh Yayasan Pasir Gudang kepada Encik Jamaludin.

Keluarga Kedua

Berjumpa dengan Puan Norhaslida Binti A. Rahim di Taman Desa Rakyat Perdana. Puan Norhaslida menderita sakit buah pinggang dan darah tinggi sejak 2016 lagi.

Beliau telah menjalani rawatan Dialisis Peritoneal Ambulatori (CAPD) secara sendiri di rumah. Rawatan CAPD ini boleh dilakukan di rumah di mana ia menggunakan graviti melalui dawai dan bukan secara mesin dialisis. CAPD ini akan menukarkan larutan ubat dialisis lama dengan larutan ubat baharu. Beliau akan melakukan rawatan ini sebanyak 4 kali sehari.

Dari segi pendapatan, suaminya berkerja sebagai pengawal keselematan dan dirinya berkerja sambilan sebagai pembuat dan penjual kuih siput dan keuntungan bergantung kepada tempahan. Perlaksanaan PKP ini menyebabkan penjualan kuihnya terganggu.

Yayasan Pasir Gudang menghulurkan sumbangan wang ihsan pesakit kronik kepada Puan Norhaslida.

Keluarga Ketiga

Kunjungan terakhir bertemu adik Mohamad Syahrul Ikmal Bin Azmi, Taman Desa Rakyat Perdana yang mengalami kemalangan jalanraya pada 17 November tahun lalu di Jalan Bacang dalam perjalanan ke tempat kerja.

Beliau telah dilanggar oleh sebuah kenderaan kereta dan mengakibatkan kecederaan di bahagian peha kiri, tulang rusuk, tulang hidung, bahu kanan patah dan darah beku dalam kepala. Sebelum ini beliau terlantar dan alhamdulillah kini semakin sihat tetapi masih memakai tiub di kerongkong leher untuk sedut kahak dan perlu dipapah ketika berjalan.

Kemalangan ini juga menggangu tidur beliau kerana badannya akan sakit di bahagian kecederaan. Beliau akan melakukan fisioterapi sebulan sekali di Masai dan rawatan susulan kesihatan di HSI untuk mengetahui tahap perkembangan kesihatannya. Minggu ini, beliau akan menerima bantuan SOCSO.

Yayasan Pasir Gudang berkesempatan menghulurkan sumbangan wang ihsan pesakit kronik kepada beliau.

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top