[ 8 Julai 2021, Khamis ] Bersama Yayasan Pasir Gudang mengunjungi 3 buah keluarga di Taman Cahaya Masai dan Taman Kota Masai, hari ini adalah Tuan Haji Herman Irmadi Bin Ismail, ALPA YPG.

Keluarga Pertama

Bermula di Taman Cahaya Masai iaitu Encik Mohd Faizal Bin Rahim, pesakit kencing manis.

Sakit kencing manisnya itu menyebabkan kuman telah merebak sehingga betisnya. Pada bulan Jun tahun 2020, dirinya telah melakukan satu pembedahan di bahagian punggungnya.

Pada bulan Jun lalu, beliau telah menjalani pembedahan pemotongan kaki kanan di Hospital Sultanah Aminah (HSA). Beliau juga melakukan rawatan dialisis sebulan sekali.

Untuk pergerakan harian, beliau menggunakan kerusi dan lampin pakai buang dewasa sepenuh masa. Sebelum ini, beliau mencari nafkah sebagai penyanyi , busker dan telah berhenti sejak PKP tahun lalu kerana sakit yang dialaminya.

Encik Faizal telah menerima bantuan daripada JKM. Yayasan Pasir Gudang menghulurkan sumbangan wang ihsan pesakit kronik dan lampin pakai buang dewasa kepada Encik Faizal.

Keluarga Kedua

Bertemu dengan adik Ahmad Dani Faiz, berumur 12 tahun di Taman Cahaya Masai yang diuji sakit mata kronik sejak lahir.

Sejak lahir lagi, adik Dani mempunyai masalah lebihan darah di mata yang mengganggu saraf mata dan ini menyebabkan beliau kerap mangalami sakit kepala, mata yang kabur. Kini, hanya 10 peratus sahaja saraf mata yang boleh berfungsi, kesannya adik Dani mengalami kesukaran untuk memahami pelajaran.

Selain itu, adik Dani juga tidak boleh melakukan aktiviti lasak, terjatuh atau melakukan aktiviti senaman yang berat kerana keadaan yang dialaminya.

Dari segi rawatan, setiap minggu adik Dani akan pergi ke HSA untuk rawatan lanjut manakala setiap bulan doktor pakar dari Klang akan berjumpa dengan beliau untuk pemeriksaan kesihatan. Kini adik Dani menggunakan ubat mata.

Sumbangan wang ihsan pesakit kronik telah disalurkan oleh Yayasan Pasir Gudang kepada adik Dani.

Keluarga terakhir

Di rumah Encik Jamalluddin Bin Basir, berumur 71 tahun di Taman Kota Masai. Encik Jamalluddin dan isteri, Puan Raimas berumur 63 tahun merupakan pesakit kencing manis.

Sebelum ini Encik Jamalluddin bekerja sebagai pengawal keselamatan dan kini tidak bekerja atas faktor usia. Beliau dan isteri akan menjalani rawatan susulan setiap 3 bulan sekali di Klinik Pasir Gudang.

Beliau memerlukan bantuan makanan kerana 3 bulan sudah tidak bekerja. Yayasan Pasir Gudang mendengar rintihan Encik Jamalluddin dan telah menghulurkan sumbangan bakul barangan keperluan dan wang tunai kepada Encik Jamalluddin sekeluarga.

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top