MAJLIS SERAHAN BANTUAN INSENTIF KERAJAAN NEGERI JOHOR
Bagi merealisasikan hasrat YAB Dato’ Onn Hafiz, Menteri Besar Johor, Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) melalui Yayasan Pasir Gudang (YPG) telah melaksanakan Majlis Serahan Insentif Bantuan Tunai yang berlangsung di Pejabat Operasi SWM Pasir Gudang.
Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Tuan Haji Baharudin, Pengerusi Yayasan Pasir Gudang, yang turut mengagihkan bantuan kepada 35 orang petugas SWM sebagai tanda penghargaan atas dedikasi dan peranan penting mereka dalam memastikan kebersihan serta kesejahteraan bandar Pasir Gudang sentiasa terpelihara.
Pemberian insentif ini menjadi suntikan semangat buat para petugas untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik, selain mencerminkan keprihatinan pihak pentadbiran kerajaan negeri terhadap kebajikan mereka yang berkhidmat di barisan hadapan.
Turut hadir, Puan Mariaton ( Pengarah kewangan MBPG ), Tuan Haji Zuraimi dan Puan Hasnina (ALPA YPG).
Ikuti kami di Facebook & Instagram @yayasanpasirgudang untuk maklumat terkini.
#YayasanPasirGudang
#ypgprihatin
