BANTUAN KHAS PENDIDIKAN

PENGENALAN

Melalui bantuan ini, Yayasan Pasir Gudang menyalurkan sumbangan berbentuk alat peranti pembelajaran, pelajar tercicir ( kelengkapan sekolah ), yuran pengajian serta sokongan lain mengikut keperluan penerima. Program ini memberi keutamaan kepada pelajar sekolah rendah, menengah, serta pelajar institusi pengajian tinggi yang menunjukkan potensi akademik dan komitmen tinggi terhadap pelajaran.

Inisiatif ini bukan sahaja membantu meringankan beban ibu bapa, malah menjadi galakan kepada para pelajar untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan akademik. Yayasan Pasir Gudang percaya bahawa pelaburan dalam pendidikan adalah asas kepada pembangunan modal insan dan masa depan komuniti yang lebih sejahtera.

PRA SYARAT

  1. Pemohon adalah warganegara Malaysia.
  2. Pemohon mestilah beralamat kediaman di kawasan parlimen Pasir Gudang dan parlimen tebrau sahaja.
  3. Permohonan hanya dibuat pada tahun pertama pengajian sahaja.
  4. Sijil Sepenuh Masa Kolej Komuniti Pasir Gudang juga diterima untuk permohonan.
  5. Pemohon mestilah membuat pengesahan tawaran kemasukan atau pengesahan pendaftaran IPT
  6. Pemohon dari keluarga yang berpendapatan isi rumah tidak melebihi RM 4,000.

JOM!!! MOHON BANTUAN KHAS PENDIDIKAN

Pelajar

(PDF File only)
Alamat Tempat Tinggal
(PDF File only)

Bapa / Ayah

(PDF File only)
Isi Rumah
(PDF File only)

Ibu / Mak

(PDF File only)
(PDF File only)

Bantu Sesama,
Membina Masa Hadapan

Scroll to Top