LAWATAN KE KEDIAMAN MANGSA KEBAKARAN

Susulan maklumat yang diterima, dalam lanjutan siri Ziarah Kasih Tuan Haji Zuraimi (ALPA YPG) meneruskan lagi lawatan dengan menyantuni kediaman mangsa bencana di Taman Cahaya Masai.

Mangsa, Encik Mohd Syafiq, menghadapi kebakaran rumah yang dipercayai berpunca daripada lintar pintas elektrik, yang telah memusnahkan sebahagian besar kediamannya. Ketika insiden berlaku, isteri dan anak beliau berada di dalam rumah, namun mereka berjaya menyelamatkan diri. Kejadian ini bukan sahaja menjejaskan harta benda, malah turut memberi kesan emosi kepada seisi keluarga.

Semasa lawatan tersebut, pasukan turut mendapatkan maklumat terperinci bagi merancang bentuk bantuan susulan yang lebih efektif, termasuk keperluan baik pulih kediaman serta sokongan kebajikan kepada mangsa.

Turut hadir dalam lawatan ini ialah Encik Zainal (ALPA YPG) dan Encik Paudzi (JKKP MBPG).

Ikuti kami di Facebook & Instagram @yayasanpasirgudang untuk maklumat terkini.

#YayasanPasirGudang
#ypgprihatin

Scroll to Top