SESI PENYERAHAN BANTUAN KEMASUKAN
IPT AWAM & SWASTA

Selepas mengunjungi pesakit kronik dan mangsa bencana, Tuan Haji Zuraimi terus bergegas ke Pejabat Yayasan Pasir Gudang untuk menyempurnakan Sesi Penyerahan Bantuan Kemasukan IPT Awam dan Swasta ( TEBRAU ) kepada sebahagian ibu bapa serta pelajar yang telah atau bakal melanjutkan pengajian.

Pemberian bantuan tunai ini bukan sekadar meringankan beban kewangan ibu bapa, tetapi juga bertujuan untuk menyuntik semangat kepada para pelajar agar terus berusaha mencapai cita-cita akademik mereka.

Berikut adalah bukti usaha berterusan Yayasan Pasir Gudang dalam menyokong pendidikan generasi muda di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG), dengan harapan agar lebih ramai pelajar berjaya menjejakkan kaki ke menara gading dan seterusnya membina masa depan yang gemilang.

Turut hadir, Encik Zainal (ALPA YPG) dan Encik Paudzi (JKKP MBPG)
Ikuti kami di Facebook & Instagram @yayasanpasirgudang untuk maklumat terkini.

#yayasanpasirgudang
#ypgprihatin

Scroll to Top