READY FOR SCHOOL YAYASAN PASIR GUDANG

Sejajar dengan Visi dan Misi YB Tuan Haji Baharudin, Pengerusi Yayasan Pasir Gudang, Sesi Penyerahan Baucar Program Ready for School 2026 telah diadakan di Dewan Terbuka, Taman Cendana.

Program ini bertujuan adalah untuk meringankan beban ibu bapa dalam menyediakan kelengkapan asas persekolahan, sekali gus memastikan para pelajar terutamanya daripada keluarga berpendapatan rendah dapat memulakan sesi persekolahan dengan lebih yakin dan selesa.

Kesemua 250 orang penerima daripada sekitar Pasir Gudang hadir pada hari pelaksanaan program. Setiap penerima telah menerima baucar khas yang boleh dibelanjakan di Gedung Ten Ten untuk membeli pakaian seragam, kasut, beg sekolah serta peralatan menulis mengikut keperluan masing-masing, sebelum mereka memulakan sesi persekolahan pada tahun 2026.

Inisiatif ini bukan sahaja menyediakan kelengkapan fizikal, malah memberi motivasi serta keyakinan kepada pelajar untuk memulakan tahun persekolahan baharu dengan lebih positif.

Yayasan Pasir Gudang akan terus komited melaksanakan program berimpak tinggi demi memastikan kebajikan masyarakat terbela dan akses bantuan pendidikan dapat dinikmati oleh komuniti di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Pasir Gudang.

Turut hadir, Tuan Haji Ishak Ahli Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) Zon Cendana serta Encik Lai Beng Swee, Pengurus Besar Ten-Ten Malaysia.

Ikuti kami di Facebook & Instagram @yayasanpasirgudang untuk maklumat terkini.

#YayasanPasirGudang
#ypgprihatin

Scroll to Top