ZIARAH KASIH YAYASAN PASIR GUDANG
Puan Hajah Haryati, Ahli Majlis Bandaraya Pasir Gudang Zon Scientex 2, telah melakukan lawatan susulan ke Taman Nusa Damai bagi menyantuni Encik Zurimi, yang mengalami strok pada keseluruhan anggota badan bahagian kiri sejak tujuh tahun lalu.
Strok yang dialaminya berpunca daripada insiden beliau terjatuh dari kerusi ketika berada di tempat kerja. Walaupun menerima rawatan susulan secara berkala dan mampu duduk di kerusi roda, Encik Zurimi masih mengalami kesukaran untuk bertutur.
Dalam kunjungan tersebut, Puan Hajah Haryati telah menyerahkan sebuah kerusi roda serta menghulurkan sedikit rezeki bagi meringankan beban keluarga. Bantuan ini diharapkan dapat memudahkan pergerakan harian beliau dan membantu keluarga dalam menguruskan rawatannya.
Ikuti perkembangan terkini kami di Facebook & Instagram @yayasanpasirgudang
#YayasanPasirGudang
#ypgprihatin