ZIARAH KASIH YAYASAN PASIR GUDANG

Serentak dengan siri ziarah di Pasir Gudang, Tuan Haji Zuraimi (ALPA YPG)  juga turut meluangkan masa menyantuni dua individu di PPR Sungai Tiram Kampung Sungai Redan. Kunjungan ini memberi peluang kepada beliau untuk memahami sendiri cabaran yang dihadapi oleh penerima, termasuk keadaan kesihatan, keperluan harian serta sokongan keluarga yang boleh disediakan.

– Encik Mat Asri telah mengalami pendarahan dalam perut sejak lima bulan lalu dan dijadualkan menjalani pembedahan pada awal Januari 2026. Kini, beliau memerlukan bantuan untuk bergerak dan dipapah dalam aktiviti harian.

– Puan Rogayah telah menghidap diabetes kronik sejak 20 tahun lalu. Beliau telah menjalani dua pembedahan amputasi, iaitu amputasi jari kaki akibat melecet pada kali pertama, dan amputasi kaki hingga paras bawah lutut pada kali kedua kerana jangkitan kuman yang semakin merebak. Selain itu, Puan Rogayah turut mempunyai rekod kesihatan lain seperti darah tinggi, kolesterol, dan demensia.

Turut hadir, Encik Zainal dan Puan Hasnina (ALPA YPG) serta Tuan Haji Khairul Nizam, Ahli Majlis Bandaraya Pasir Gudang Zon Sungai Tiram

Ikuti kami di Facebook & Instagram @yayasanpasirgudang untuk maklumat terkini.

#YayasanPasirGudang 
#ypgprihatin

Scroll to Top