SESI PENYERAHAN SUMBANGAN KEPADA ANAK - ANAK TABIKA KEMAS
Dalam sebuah hadis, diriwayatkan Rasulullah SAW memberi salam kepada anak-anak dan mengusap kepala mereka.
Daripada Anas RA, suatu ketika dia berjalan melalui kumpulan kanak-kanak lalu, beliau memberi salam kepada mereka dan berkata:”Bahawa Rasulullah SAW sentiasa lakukan seperti yang aku lakukan ini (iaitu memberi salam kepada kanak-kanak).” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Berteraskan nilai kasih sayang inilah, Encik Ed Baela, Ahli Majlis Bandaraya Pasir Gudang Zon Air Biru, telah mengadakan lawatan kerja ke Tabika Kemas, Taman Air Biru 1 bagi meninjau secara dekat suasana serta kemudahan yang disediakan untuk para pelajar di pusat pendidikan awal tersebut.
Dalam lawatan tersebut, Encik Ed Baela turut menyempurnakan penyerahan sumbangan yang dihasratkan oleh YB Tuan Haji Baharudin, Pengerusi Yayasan Pasir Gudang, sebagai tanda sokongan berterusan terhadap usaha memperkasa pendidikan awal kanak-kanak di kawasan Pasir Gudang.
Sumbangan yang disampaikan diharapkan dapat membantu melancarkan urusan pengajaran dan pembelajaran, di samping meningkatkan keselesaan serta keceriaan persekitaran tabika.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan Yayasan Pasir Gudang bersama Majlis Bandaraya Pasir Gudang dalam menjaga kebajikan komuniti setempat, khususnya golongan kanak-kanak yang merupakan aset penting masa hadapan. Usaha ini diharap dapat memberi impak positif serta menyemarakkan semangat para pendidik dan ibu bapa dalam memastikan anak-anak menerima pendidikan awal yang berkualiti dan seimbang. Ikuti kami di Facebook & Instagram @yayasanpasirgudang untuk maklumat terkini.
#YayasanPasirGudang
#YPGPrihatin