DAPUR KASIH JOHOR 2025 ( SIRI 4 )

Yayasan Pasir Gudang bersama Pejabat ADUN Permas telah berjaya menyempurnakan Sesi Pembelian Barangan Dapur Kasih Johor 2025 (Siri 4) bagi tempoh Oktober hingga Disember, yang berlangsung di Pasaraya Maslee, Taman Cendana.

Seramai 54 orang penerima daripada sekitar Pasir Gudang telah menerima manfaat menerusi inisiatif yang diusahakan oleh YAB Dato’ Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor, dengan objektif untuk meringankan beban kos sara hidup rakyat, khususnya golongan yang memerlukan.

YB Tuan Haji Baharudin, Pengerusi Yayasan Pasir Gudang, turut berkesempatan hadir beramah mesra bersama para penerima serta meninjau secara dekat perjalanan program bagi memastikan pelaksanaannya berjalan dengan lancar dan teratur.

Selain itu, Pasaraya Maslee turut mengambil inisiatif dengan menyerahkan baucar tambahan RM50 kepada setiap penerima yang hadir, sebagai tanda sokongan dan kerjasama dalam menjayakan program ini, sekali gus membantu mengurangkan beban perbelanjaan harian para penerima.

program ini jelas mencerminkan komitmen berterusan dalam menjaga kebajikan serta kesejahteraan rakyat. Diharapkan inisiatif seperti ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa demi memastikan golongan yang memerlukan terus menerima sokongan dan bantuan yang sewajarnya.

Turut hadir, Tuan Haji Ishak, Ahli Majlis Bandaraya Pasir Gudang Zon Cendana.

Ikuti kami di Facebook & Instagram @yayasanpasirgudang untuk maklumat terkini.

#YayasanPasirGudang
#ypgprihatin

Scroll to Top