ZIARAH KASIH YAYASAN PASIR GUDANG
Sebagai tanda keprihatinan, Yayasan Pasir Gudang bersama Puan Hajah Haryati, Ahli Majlis Bandaraya Pasir Gudang Zon Scientex 2, telah mengadakan lawatan menyantuni lima individu di sekitar Taman Desa Rakyat, Taman Scientex dan Taman Nusa Damai bagi menyalurkan bantuan susulan maklumat dan aduan yang diterima.
* Puan Nabisah pesakit diabetes kronik sejak tahun 2020. Telah menjalani pembedahan amputasi jari kaki akibat luka yang merebak. Keadaan semakin pulih dan kini menggunakan kerusi roda untuk pergerakan harian.
* Puan Nik Zainie menghidap diabetes kronik sejak 15 tahun lalu. Menjalani pembedahan amputasi ibu jari kaki kanan akibat jangkitan luka. Masih mampu bergerak dan melakukan kerja rumah seperti biasa.
* Encik Johan terlibat dalam kemalangan jalan raya pada Oktober 2025. Mengalami kecederaan tulang tengkuk, pendarahan di otak serta kerosakan pada limpa. Kesihatan semakin pulih dan masih menjalani rawatan susulan.
* Encik Suliman Pesakit strok sejak tahun 2017. Keadaan semakin merosot sehingga terlantar dan tidak mampu duduk. Kini hanya bergantung kepada susu dan tidak dapat mengambil makanan seperti biasa.
* Ahmad Aidil, Bayi berusia lapan bulan, mengalami masalah jantung berlubang sejak berusia dua bulan. Dijadualkan menjalani pembedahan di Institut Jantung Negara dan kini bergantung kepada ubat-ubatan.
Ikuti kami di Facebook & Instagram @yayasanpasirgudang untuk maklumat terkini.
#YayasanPasirGudang
#YPGPrihatin