ZIARAH KASIH YAYASAN PASIR GUDANG
Ziarah Kasih Yayasan Pasir Gudang ke kediaman tiga individu yang menghidap sakit kronik, diketuai oleh Encik Guru Naidu (ALPA YPG), telah dilaksanakan di sekitar Taman Nusa Damai dan Bandar Seri Alam.
Program ini telah menjadi rutin Yayasan Pasir Gudang dalam usaha menghulurkan bantuan awal kepada mereka di samping mengenal pasti jenis bantuan dan agensi berkaitan yang boleh dirujuk untuk mendapatkan bantuan susulan.
* Encik Zulkifli merupakan pesakit diabetes kronik sejak tahun 2006. Akibat terpijak serpihan kaca, kaki beliau mengalami jangkitan sehingga bernanah dan kuman merebak, sekali gus memerlukan rawatan lanjut di hospital. Selain itu, beliau juga menghidap penyakit buah pinggang tahap 3.
– Encik Puvendran mempunyai komplikasi pendengaran dan merupakan pesakit strok sebelah kanan sejak tahun 2024. Beliau masih mampu berjalan namun dalam pergerakan yang perlahan. Manakala anak beliau, Encik Prakash, merupakan pesakit buah pinggang dan telah menjalani rawatan dialisis. Kini, kedua-dua individu ini diurus dan dijaga sepenuhnya oleh ahli keluarga.
– Puan Raja Salmah, Pesakit strok bahagian kiri badan sejak November 2025. Beliau juga turut mempunyai rekod kesihatan seperti darah tinggi. Kini, keadaan beliau terlantar dan mempunyai komplikasi ingatan.
Turut hadir Encik Vijayan, Ahli Majlis Bandaraya Pasir Gudang Zon Sierra Perdana.
Ikuti kami di Facebook & Instagram @yayasanpasirgudang untuk maklumat terkini.
#YayasanPasirGudang
#ypgprihatin