PROJEK BUBUR LAMBUK & SESI AGIHAN BAKUL AIDILFITRI BERSAMA KOMUNITI TEBRAU
Sebagai usaha menyemarakkan semangat Ramadan dan berkongsi rezeki bersama komuniti, YB Senator Dato’ Haji Abdul Halim telah hadir menyempurnakan Program Agihan Bubur Lambuk dan Bakul Makanan Aidilfitri di Dewan Terbuka Jalan Cermai 6.
Program ini bertujuan meringankan beban serta membawa keceriaan kepada para penerima dalam membuat persiapan menyambut Aidilfitri.
Turut hadir, Puan Hajah Rap’enah, Ahli Majlis MBPG Zon Kota Masai 3, Encik Haziq Zakaria, Ahli Majlis MBPG Zon Tg Puteri Resort, Tuan Haji Zuraimi, Encik Zainal dan Puan Hasnina (ALPA YPG).
Ikuti kami di Facebook & Instagram @yayasanpasirgudang untuk maklumat terkini.
#yayasanpasirgudang
#ypgprihatin