SESI PEMBELIAN BAJU RAYA & BARANGAN DAPUR SEMPENA PERSIAPAN HARI RAYA AIDILFITRI
Dalam setiap rezeki yang kita miliki, terselit juga rezeki buat mereka yang memerlukan. Hasrat YB Bahar untuk membantu keluarga ini membeli kelengkapan raya akhirnya tercapai.
Yayasan Pasir Gudang telah membawa Encik Faizal sekeluarga membeli kelengkapan Aidilfitri agar mereka dapat menyambut Syawal dengan lebih sempurna. Kegembiraan 11 orang isi keluarga jelas menunjukkan bahawa mereka juga tidak dipinggirkan dalam arus semasa.
Semoga sumbangan ini mengukir senyuman buat Encik Faizal dan sembilan ahli keluarganya serta menceriakan sambutan Aidilfitri mereka. Ikuti kami di Facebook & Instagram @yayasanpasirgudang untuk maklumat terkini.
#YayasanPasirGudang
#ypgprihatin