LAWATAN KE KEDIAMAN MANGSA KEBAKARAN

Ujian berat menimpa keluarga En. Yahya bin Mohamad dan anaknya, Nurshahira apabila dua buah kediaman mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Pasir Putih pada petang 1 April. Kebakaran dipercayai berpunca daripada litar pintas.

Kehadiran Tuan Haji Zuraimi, Puan Hasnina serta Tuan Haji Yusoff (ALPA YPG) bersama Encik Daniel Syafiq (MBPG) mencerminkan tanda sokongan dan keprihatinan terhadap mangsa. Dalam kunjungan tersebut, sedikit sumbangan turut disampaikan bagi membantu meringankan beban serta memenuhi keperluan harian mereka.

Semoga keluarga ini terus tabah menghadapi ujian, dan dipermudahkan segala urusan yang mendatang.

Ikuti Facebook & Instagram Yayasan Pasir Gudang @yayasanpasirgudang untuk info dan perkembangan terkini.

Scroll to Top